Assalamualaikum, bersua kembali. Mlm ni saya sekeluarga menikmati ayam percik yg sedap banget ni. Ada yg makan dengan nasi, ada yang meratah ayamnye saje. Saya makan sikit je sbb kekenyangan meratah bergedil sardin. Alhamdulillah.....laku 'jualan' saya hari ni!!!!!!. Resepi ni saya copy dari Chef Hanieliza....masakan beliau senang, ringkas dan sedap. Jom....saya share resepi ni di sini ye......
AYAM PERCIK
Sumber : Chef Hanieliza
Olahan ; UDA
Bahannya:
1 ekor ayan dipotong 4 bahagian (saya guna 3 bahagian je)
3 cawan santan pekat (saya letak 1 cawan)
1/4 cawan air asam jawa (saya guna sedikit je)
1 st gula pasir (saya tambah sikit lagi)
1 sm halba (saya tak letak)
1 kiub stok ayam ( ini saya tambah)
garam secukupnya
Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering (saya kurangkan)
5 biji bawang merah(saya guna 1 biji bawang besar)
4 ulas bawang putih
2 inci halia (saya guna 1 in)
5 batang serai (saya guna 3 batang)
Caranya:
1. Satukan ayam yg telah dibersihkan dengan semua bahan.
2. Masak ayam sehingga sederhana masak dan kuahnya tinggal sedikit. Pastikan rempah sebati dengan ayam.
3.Panggang ayam atas jejaring dalam oven selama 1 jam atau sehingga garing pada suhu 180C.
4. Boleh juga panggang atau bakar diatas dapur.
5. Sedap dimakan begitu saja atau dengan nasi semasa masih panas2.
SELAMAT MENCUBA
Alahai sedapnya Ayam percik.... :)
BalasPadamDah lama tak layan nieh :D