Assalamualaikum dan salam jumaat. Sejak semalam dah berangan.....nak try apam yg berwarna warni ni. Saya intai kat blog Azlita @ masam manis dan juga blog Mama Mimi. Teruja nak membuatnya!!!!. Kebetulan inti kelapa memang dah ada, kacang tanah ada tapi durian tak de. Saya try inti kelapa + kacang tanah. Campur durian dah biasa. Memang sedap apam ni....lembut je....inti dia pun sedap. Buatnya taklah serumit mana cuma apam tu jangan nipis....bila dah letak inti dia boleh pecah. Kalau nak montok2 dan nampak gebu, letak lebih intinya. Ni first time buat.....masih kene diperbaiki lagi supaya lebih cun!!!. Terima kasih Mama Mimi dan Azlita.....saya share disini pula ye resepi ni....
APAM KARIPAP
Resepi : Mama Mimi
KULIT
Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 st yis kering
2sb gula pasir
secubit garam
1/2 st eno paket biru
1/2 st pes pandan
beberapa titis pewarna makanan
Caranya:
1. Satukan tepung, gula, susu.air dan garam. Kacau rata, tambahkan yis. Kacau rata lagi. Saya tapis supaya adunan licin.
2. Ketepikan, tutup bekas adunan dengan plastik dan perap 1 jam.
3. Selepas 1 jam, tambah eno, kacau rata dan masukkan pes pandan. Bahagikan beberapa bahagian, warnakan.
4. Panaskan kuali non stick, sapu minyak sikit, sendukkan 1 senduk adunan dan ratakan adunan. Jangan nipis sangat, nanti bocor. Masak hingga 2-3 minit, jgn sampai hangus.
5. Angkat dan terus letak dalam acuan karipap. Masukkan inti pilihan. Untuk tidak melekat, letakkan sedikit minyak kat gigi acuan supaya tak koyak. Ulangi hingga habis.
INTI
Bahannya:
kelapa parut putih secukupnya
gula merah dan gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan
kacang tanah yang dah digoreng, buang kulit dan ditumbuk kasar
air secukupnya
Caranya:
1. Masak air + gula pasir + gula merah + daun pandan hingga mendidih.
2. Masukkan kelapa, masak hingga kering dan berkilat.
3. Setelah sejuk, campurkan kacang tanah dan gaul rata.
aa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan