Isnin, 12 November 2012

Bergedil Sardin





Assalamualaikum....jumpa lagi kita!!!!. Walau di mana pun anda berada, diharapkan semuanya sihat walafiat walaupun sekarang ni musim hujan dan banjir. Kepada anda yg menjadi mangsa banjir....diharapkan bersabar.....dugaan dari Allah. Perhatikan di mana anak2 bermain kerana, kanak2 memang suka bermain air. Awasi mereka kerana....malang tidak berbau. Hujan2 macam ni, perut ni asyik mintak diisi aje....bertambah2lah berat badan. Pulak tu sekarang ni tengah cuti sekolah, melayan anak nak makan itu dan ini. Hari ini saya buat bergedil sardin. Kebetulan ada sardin yg dah beberapa minggu terperap je dlm kabinet.  so....bila terbaca resepi ni, cepat2 singseng lengan baju....kalau berlengah, jawabnya bertangguh lagi. Resepi ni saya dapat dari majalah Rasa. Simple je bahannye dan sedap dimakan panas2, dengan cili sos ataupun makan begitu eje. Dalam resepi tu.....boleh guna serbuk roti atau kentang rebus. Tapi saya guna kedua2 bahan tu. Kalau letak daun sup rasanya2 lagi sedap tapi saya tak de stok. Jom kita intai resepi ni.....


BERGEDIL SARDIN
Sumber : Majalah Rasa September 2012
Olahan : UDA

Bahannya:
250gm ikan sardin dlm tin (ambil ikan je dan hancurkan)
120gm serbuk roti (saya guna 4sudu besar)
1 biji bawang merah(dicincang halus)
1 biji cili merah (saya tk letak)
2 biji telur ( 1 biji untuk salutan sblm menggoreng)
1 st serbuk lada hitam (saya guna 3 st lada sulah)
1 cawan kentang yg direbus dan dihaluskan - ini saya tambah
garam secukupnya


Caranya:
1. Campur semua bahan sehingga boleh dikepalkan. Jika masih lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum.
2. Bentukkan seperti bebola kemudian dileperkan sedikit. Dinginkan dalam peti ais.
3. Apabila nak menggoreng, celup bebola dalam telur dan goreng hingga keemasan.
4. Sedap dimakan dengan sos, dengan nasi putih atau dimakan begitu saje....

3 ulasan:

  1. 1st time jumpa begedil sadin, selalunya begedil daging/ayam atau kentang :)

    BalasPadam
  2. Minta izin nak ambil resepi yer...

    BalasPadam