Isnin, 5 November 2012

Karipap Bijan Berinti Udang




Assalamualaikum. Hari ni rajin nak menguli karipap ni. Dah lama mengintai di Rahelblog tapi baru hari ni berkesempatan. Memang tak pernah buat dan tak pernah nampak karipap berbijan macam ni....apa tak lagi memakannya.  Karipap ni sedap, lemak pada kulitnya dan terasa udangnya. Tapi nak merangupkan lagi, saya tambah sedikit lagi margerin. Oleh kerana suun tak de, saya gantikan dengan hirisan lobak merah....eemmm.....ngam juga rasanya!!!!!. Jom....saya share resepi ni ye.....







KARIPAP BIJAN INTI UDANG
Sumber: Rahelblog
Olahan: UDA


Bahan inti:
1/4 labu bawang besar dicincang halus (saya guna 1/2 biji, dipotong dadu)
3ulas bawang putih dikisar halus (saya cincang je)
200gm udang tanpa kulit dicincang halus (saya guna 1 cawan dan didadu kasar)
6 ketul bebola ikan didadu (saya guna 2 keping fish cake)
1 biji lada merah dicincang
1 sb sos tiram
1 st sos ikan
1/4 st serbuk lada sulah
1/4 st gula pasir (saya tak letak)
35gm suhun direndam dan dipotong2 (saya guna 1 cawan lobak merah yg dah dihiris halus)
25ml air (saya tak guna)
minyak makan untuk menumis


Caranya:
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan lada merah hingga wangi.
2. Masukkan udang, masak hingga berubah warna. Masukkan fish cake, kacau rata.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada sulah dan kacau hingga rata.
4. Tutup api dan masukkan hirisan lobak merah, kacau sebati dan angkat. Ketepikan hingga sejuk.

Bahan kulit:
250gm tepung gandum
1sm bijan hitam
1sm susu tepung
1/2 st garam (saya guna 1/4)
70gm margerin (saya guna 75gm)
60ml air sejuk(boleh tambah jika perlu)
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Campurkan tepung, bijan hitam, susu tepung, garam, margerin dan kacau hingga berbutir/seakan2 serbuk roti.
2. Masukkan air sikit sikit dan uli hingga sebati dan licin. Biarkan adunan dalam peti sejuk selama 15 minit.
3. Canai adunan seperti membuat karipap biasa dan mengikut cara masing2.
4. Masukkan inti dan kelim tepinya.
5. Goreng hingga kekuningan.


SELAMAT MENCUBA




2 ulasan:

  1. dapnya..su paling suka karipap iNTI sardin..tak tau nape;D

    nti boleh try ver si ni pula..minta izin kopi resepi yer uda;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. inti sardin peberet Uda gak tapi bila dah try yg ni.....mebelesss gak.....campur sotong lagi uummpphh....

      Padam