Khamis, 22 November 2012

Nasi Dalca dan Berjagung Mysore




























Assalamualaikum dan salam jumaat. Semuga anda semua beroleh kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Hari ini saya berkesempatan mencuba resepi nasi ni. Macam nasi jagung....cuma ditambah dengan kacang dhal dan daun pudina. Rasanya memang sedap dan terasa kacang dhal tu. Resepi ni saya copy dari Chef Hussin Khan. Dalam buku beliau.....macam2 resepi sihat dan mudah untuk dicuba. Jom kita intai resepinya....


NASI DALCA DAN JAGUNG MYSORE
Resepi : Chef Hussin Khan (Resepi Sihat & Mudah)

Bahannya:

2 cawan beras basmathi (dibasuh, direndam dan ditoskan airnya)
1/2 cawan kacang dhal- direndam (saya rendam 1 malam)
1/2 cawan jagung dalam tin
3 sb minyak sapi
11/2 cawan air (saya guna 2 cawan)
1/2 cawan susu cair
10 helai daun pudina
5 ulas bawang merah - dikisar kasar(saya tumbuk)
3 ulas bawang putih - dikisar kasar (saya tumbuk)
1 in halia - dihiris nipis
2 btng kayu manis
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub stok ayam (saya tambah)
garam secukupnya

Caranya:
!. Panaskan minyak sapi, tumis bahan yg ditumbuk dan rempah ratus hingga wangi.
2. Masukkan kacang dhal, beras, jagung dan tumis seketika.
3.Masuk dalam rice cooker, campurkan air, susu cair , stok ayam yg telah dihancurkan dan garam.
4. Masak nasi macam biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan