Selasa, 27 November 2012

Puding Jagung Lapis Coklat




Assalamualaikum. Lama tak memuding.  Masa membuat puding ni...cuaca panas, harap2 panaslah hingga ke petang. Tapi....kita hanya merancang. Selesai je bagi2 untuk merasa...hujan pun turun!!!!.
Resepi puding ni saya intai kat blog Indon....Resep Makanan Online. Macam2 puding ada....kreatif betul diorang ni!!!!. Hari ni saya try resepi ni dulu.....sedap dan lembut je!!!!. Pada saya, kalau letak perisa jagung dalam lapisan jagung tu lagi ngammm. Kebetulan perisa jagung dah habis....tak pe, lain kali boleh try letak. 






PUDING JAGUNG LAPIS COKLAT
Resepi Olahan : UDA

Bahannya: A
500ml santan
120gm gula pasir
1sb tepung jagung
1 bungkus agar2 serbuk (10gm)
150gm jagung manis dlm tin (bukan yg cream)
pewarna kuning secukupnya

Bahan :B
500ml air
1/4 cawan susu cair/susu UHT perisa coklat
120gm gula pasir
1sb tepung jagung
1 bungkus agar2 serbuk (10gm)
25gm serbuk koko
1st coklat emulco

Caranya:
1. Jagung diblender dengan sedikit santan (jgn terlalu halus).
2. Campur semua bahan A termasuk bahan diblender dalam periuk, masak hingga mendidih dengan api sederhana. 
3. Tuang dalam acuan pilihan, biarkan sejuk dan mengeras.
4. Campur semua bahan B, masak hingga mendidih, tuang atas lapisan jagung tadi.
5. Biarkan sebentar, kemudian baru sejukkan dalam peti ais.
6. Oleh kerana adunan ni lembut, tunggu betul2 sejuk dan mengeras baru boleh keluarkan dari loyang.



SELAMAT MENCUBA



1 ulasan: