Assalamualaikum. Dah beberapa hr ni, seisi rumah nak makan style omputih je.... Biasanya klu nk makan, gi kedai tapi kali ni suruh wat sendiri. Tak pe lah........dah lama tk masak cam gini kat rumah, demi keluarga, apa2 pun boleh!!!!. Selalunya kalau masak ni goreng ngan bread crumbs je.....cepat dimasak, cepat dapat makan. Dah biasa makan kat kedai yang panggang.....hari ni pun panggang gak lah. Skodeng kat internet....macam2 cara. Saya pilih yang senang dan simple.....saya intai kat blog Potret kasih. Saya guna bahagian dada ayam ngan ada kepak dia sekali sbb, 1 family suka makan kepak ayam. Sepatutnya buang tulang lagi senang nak memanggangnya. Tapi.....suami suka ada tulang so, senang sikit keje saya!!!!. Jom saya share resepi ni disini ye....
CHIKEN CHOP PANGGANG
Sumber: Potret Kasih
Olahan:UDA
Bahannya:
3 keping dada ayam - saiz besar (dibuang tulang@ tak pun boleh)
1sb serbuk lada sulah sos tiram
3sb sos tiram
1sb sos cili
1sb kicap manis
1sb kicap masin (saya guna sos ikan)
1sb jus limau
1in halia - ditumbuk dan ambil airnya sahaja
1/2 kiub stok ayam
caranya:
1. Satukan semua bahan, gaul pada ayam rata2, kemudian perap ayam beberapa jam. Saya perap pagi, petang baru panggang. Perap 1 malam lagi sedap.
2. Sebelum bakar, gaul ngan minyak masak sikit kemudian bakar dalam kuali non stick. Kalau ada pemanggang elektrik lagi senang.
3. Semasa bakar, balik balikkan ayam supaya masaknya rata.
4. Sedap dimakan dengan sos lada hitam, coleslaw dan kentang goreng.
SOS LADA HITAM
Bahannya:
1 biji bawang besar(didadu)
1sb butter
2sb tepung gandum
300ml air
3sb sos tiram
1sb sos cili
2sb serbuk lada hitam
serbuk pati ayam secukupnya
kicap manis secukupnya untuk gelapkan warna kuah tu.
Caranya:
1. Panaskan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan tepung gandum yg dah dicampurkan dengan sedikit air.
2.Masukkan semua bahan, dah mendidih dan pekat, angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan