Sabtu, 29 September 2012

Puding Roti Keladi



Assalamualaikum.......Semalam dapat panggilan, anak sedara suruh buatkan puding. Tak de angin, tak de ribut, malam2 call nakkan puding......bior betul.!!!!. Esok ada jamuan, katanya. Oleh kerana mengejut je macam tu, buat jelah apa bahan yg ada.Puas pikir, last2 buatlah puding ni...senang dan cepat!!!!!. Macam biasa, puding ni saya copy dari kak Yati......tp saya ada adjust mana2 yg patut. Jom kita semak resepi ni......!!




Khamis, 27 September 2012

Kaswi Labu


Assalamualaikum...salam jumaat. Semuga hari  ini bertambah bahagia berbanding semalam. Semalam ada masa, saya buat kuih kaswi yg sedap ni. Labu tu dah dua minggu tergolek dot je kat dapur. Dalam kepala macam2 nk dibuat ngan labu ni.....tp yang ni aje saya sempat buat. Saya dapat resepi ni dari sapa saya tak ingat, terlupa nak catit....Bila cari semula kat internet, tak jumpa resepi yg sama mcm saya buat ni. Kalau ada pun, bahannya lain...So, kalau tuan punya resepi ni terbaca kat sini, jangan marah ye.....saya dah kongsi resepi anda yg sedap ni. Ada bhn yg saya kurangkan....cara membuatnya pun, saya ikut cara saya.




KASWI LABU (loyang 10 x 10)

Bahan bahannya:
500gm labu 
500gm gula pasir (saya letak 300gm)
500ml santan
3 helai daun pandan (simpul)
1 st garam
700ml air
300gm tepung sagu
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 st air kapur
1 st pewarna kuning
1/2 st esen ros /vanilla (saya guna vanilla)


Caranya:
1,Campur semua bahan kecuali daun pandan. Blender halus.
2. Dalam periuk, masukkan adunan dan daun pendan, kacau hingga naik wap dgn api kecil.
3. Acuan / loyang disapu minyak, baru masukkan adunan.
4. Kukus lebih kurang 20 minit, angkat dan sejukkan.
5.Makan dengan kelapa putih.
* saya guna acuan lompang*



SELAMAT MENCUBA

Rabu, 26 September 2012

Ibu dan Mertua.......siapa lagi penting?


Assalamualaikum....salam sejahtera. Tak kira walau dimana kita berada, sesibuk mana pun kita, sebesar mana pun pangkat kita, setinggi mana pun darjat kita...ibu dan bapa dilupa jangan. Martabat ibu dan bapa itu  kedua tertinggi selepas martabat Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menghargai dan bersyukur......kerana merekalah kita dapat melihat bintang dan matahari. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada ibubapa, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Jika terlambat, menangis air mata darah sekali pun, mereka tak kan dikembalikan lagi kepada kita.
Nabi bersabda.....Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbuat baik pada ibubapanya dan sambungkan hubungan silatur rahim.

Kepada mak....Hjjh Awa@Mariam Bt Abd. Hamid, Uda doakan semuga mak sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Sentiasa bahagia di dunia dan diakhirat, dikelilingi dan disayangi oleh anak2 dan cucu2. Uda juga selalu doakan mak agar sentiasa disinari cahaya keimanan, dilindungi dari fitnah kehidupan, fitnah kematian dan juga fitnah dajjal. Semuga dipanjangkan umur dalam keimanan, dalam kesihatan yg baik agar dapat terus menimba ilmu, sebagai bekalan di alam akhirat...... 'Ya Tuhanku, Kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengahsihani aku sewaktu aku kecil'. Uda sayangggg mak!!!!



Sebagai anak perempuan, setelah berumahtangga, tanggungjawab ibubapa terhadapnya diambil alih oleh suami. Isteri yang soleha, sentiasa mendengar kata dan suruhan suami selagi tak melanggar hukum Allah. Kalau dulu syurga dibawah tapak kaki ibu, setelah bersuami syurga itu ditapak kaki suami. Berlainan dengan anak lelaki, tanggungjawab terhadap ibubapa tanpa nokhta.....berbakti pada ibubapa sampai akhir hayatnya.
Lelaki yang baik....yang taat pada ibubapanya selepas taat pada Allah.

Sebagai isteri, jika kita sayang pada suami , kita juga hendaklah sayang kepada ibubapanya. Jika tiada mereka, tiadalah suami kita. Ibu....itulah sorang dalam dunia, tiada dua, tiada tiga..Isteri....hilang satu....dua, tiga, empat boleh dibuat pengganti. Ibu tiada galang gantinya.

Kepada ibu mertua......Hjh Teh Bt Abdullah, terima kasih tak terhitung rasanya kerana sudi menerima saya sebagai menantu sejak 20 tahun yg lalu. Segala teguran dan kritikan, menjadikan saya lebih dihargai dan disayangi hingga sekarang. Bagaimana mak menyayangi anak mak, begitulah juga saya menyayangi dia. Susah senang biar bersama, biar ajal dan maut yg memisahkan kami. Di mana dia berada, disitu ada saya.Walaupun mak sekarang dah tak ingat , siapa anak emak dan siapa saya.....insyaallah, kami akan terus menjaga emak dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Kami tak pernah kesal dan mengeluh kerana Allah Maha Melihat, Maha Pengasih dan Penyayang. Semuga bakti kami ini menjadi contoh kepada anak kami nanti. 

'Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku, tabahkan hatiku, sucikanlah hati ku supaya sentiasa ikhlas dalam mendapatkan keredhaanMU'
'Ya Allah....sesungguhnya tulangku lemah dan kepalaku ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.'
'Ya Allah....ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk'
'Ya Allah....ampunilah dosa ibu mertuaku ini, selamatkanlah dia didunia dan diakhirat.'.......

...................AMIN...................

Bingka Kelapa Muda



Assalamualaikum......menjamu mata lagi kita ye!. Amboi....ngan loyang2 sekali..... Nak cepat masa tu, kelam kabut, lepas ambik anak balik dari sekolah, nak bawak kuih ni ke kelas farduain. Tak kisahlah ye....loyang pun loyang lah, janji kuih tu sedap di pandang, apa lagi kalau dapat makan....hahaha!!!!. Resepi ni dah lama dlm list, tunggu giliran je. Kebetulan biras ada bagi kelapa muda (wpun tk berapa muda), so ada peluang nk mencuba. Kuih ni sedap, selain terasa lemak santan dan air pandan, kelapa muda yg dihiris tu terasa cam jeli bila digigit. Resepi asal tak letak air pandan....oleh kerana saya ni suka sangat kuih yg ada bau pandan, memandai lah letak.  Elehhh.....kita yg buat dia!!!!!!. Jom semak resepi bingka ni......


BINGKA KELAPA MUDA
Sumber : Noreen (My Home Cooking Blog)

Bahannya:
350gm santan ( 150gm air pandan + 200gm santan)
220gm tepung gandum
120gm isi kelapa muda - dihiris ( lebihkan lagi sedap)
90gm gula pasir
70gm butter
70gm minyak sapi ( saya tak letak)
1 bj telor
1st vanilla ( saya tk letak)
1/2 st garam


Caranya:
1. Santan, tepung gandum, telur, butter, gula dan garam disatukan. Kemudian diblender halus
2. Campurkan dengan kelapa muda, gaul sebati.
3.Loyang (saya guna acuan pecah 8) disapukan minyak atau butter, kemudian panaskan dlm oven
4. Acuan dah panas, masukkan adunan. Bakar hingga masak dan garing.


SELAMAT MENCUBA


Mee Udang

Assalamualaikum.....hari ni tak masak nasi. Suami on diet, nak meratah ikan je....anak lak nak makan mee.
 Makanan fvrt dia mee ataupun spagetti. Kalau nasi, tak makan seminggu tak pe..... Hari ni saya masakkan dia mee udang. Resepi ni saya ambik kat FB......FB Chef and Charity Club with Smile. Tengok bahan dia senang dan ada stok, saya buatlah. Tapi kuah mee tu kuning mcm kuah mee kari sbb saya pakai keledek oren. ( tu aje yg ada). Tak kisahlah, janji sedap, anak makan bertambah2. Jom kita main kongsi2 resepi.....
Caranya saya buat cara saya.....seringkas yg boleh!!!!!


MEE UDANG
Sumber : FB Chef and Charity Club with Smile


Bahan bahan ( 5 orang)

1/2 kg keledek
1 kg udang ( kasi bersih)
5 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1 in halia
secawan udang kering
5sb serbuk kari
bebola ikan(apa2 pun boleh, saya letak bebola daging)
tauhu pok (kalau suka, saya tak letak)

Bahan sampingan
daun bawang/daun sup
bawang goreng
limau kasturi
telur rebus
mee kuning


Caranya:
1. Keledek di rebus kemudian blender
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering, tumis hingga naik bau. Masukkan rempah kari, biarkan garing, baru masukkan air dan keledek tadi.
3. Dah mendidih masukkan bebola, udang dan biar mendidih lagi.
4. Dah masak, hidangkan mee dengan bahan sampingan.


SELAMAT MENCUBA

Coklat Handmade



Assalamualaikum.......jumpa lagi!!!. Hari tu saya sempat buat coklat ni. Itu pun atas permintaan anak2 buah....'nak makan coklat ibu buat'.....klu dah ada permintaa, ralat kalau tak dibuatkan. Apa lagi...selongkarlah cabinet nak cari coklat mould yg dah lama terperam.  Anak saya sukalah sebab dia dah lama merengek suruh buat tapi, tak sempat. Dalam suka tu sempat gak dia perli...'ooo...kalau eicha nak, cepat ibu buatkan!!'.....waduh!!! kene sebiji.  Kalau setakat dia sorang, berkecah yg lebih, baik beli je yg dah siap....... Alasan popular, nak sama2 buat ngan ibu, nak tolong ibu!!!!. Biasalah tu...budak2!!!!.


Roti lagi........


Selagi lom jemu......nak cuba pelbagai bentuk. Rotinya sama je......cuma yg atas ni letak inti kacang merah. Yg bawah ni inti daging...... Dah bnyk blogger yg buat roti ada bentuk kat atas tu.....tu yg saya try...... Sekali try jadi pulak tu.....adui!!!! gembira tol....



Bentuk ni mcm karipap......mmng nice je.....mcm sayang lak nk makan!!!!. Saya ada skodeng satu blog tu....lupalah apa nama, dia ajar step by step buat bentuk ni. Lain kali nk buat lagi.....

Bilalah angin rajin nak mari......!!!!




Huuuu........dah macam hutan sekali pandang.




Dah lama tak trim pokok tu......mana taknye, asyik tk sihat je. Last hari tu masa bulan puasa. Dah serabai , dah makin meninggi pun ada. Kalau mcm tu kene pakai tanggalah jawabnya. Tapi tu lah.....bila dah sihat, angin malas lak merasuk satu badan.



Pokok mcm ni ....trim senang je tapi....daunnya punyalah banyak kene kaut. Bab tu lagi satu malasnya.!!!
Biasanya memang keje saya mengandamkan pokok ni....suami mana ada masa, balik keje dh petang, hari sabtu@minggu standby on call. Kekadang kene keje gak.  Habis sapa lagi nak buat....tangan kecik, jari halus mulus ni lah yg buat. Eeeehhhhh.......pompuan yg menghayun buaian leh goncang dunia, takkan setakat pokok2 ni tak leh hayun ngan cutter.....hahaha!!!!!. Sabo ye pokok2, esok lusa cantiklah tu!!!!!

Selasa, 25 September 2012

Kek Sonata Musim Salju





Asalamualaikum...jumpa  lagi  .Kat JB baru lepas hujan lebat. Sekarang ni mendung lagi. Baju kat ampaian nampaknya bertimbunlah!!!. Hujan2 ni perut berbunyi je....kalau lagu keroncong leh tahan lagi, leh terlelap. Ni lagu rock.....nak bermalas malasan pun tak boleh. Tekak nk makan kek tapi kek apa ye yg sesuai....yg bahannya sedia ada kat rumah ni, tak payah ke kedai.....hahaha!!!!. Resepi ni dah lama nk buat tp setiap kali nk buat, ada je halangannye, dah keluar butter, simpan semula. Ada 2 @ 3 kali macam tu.....lom 'jodoh' agaknye. Tp kali ni nekad, nak buat gak. Resepi ni saya sekodeng kat blog puteri.blogspot.com @ dari dapur kecilku. Nampak je dah tertawan,,,,penuh ngan kelapa n strawberry jem. Boleh tahan sedap kek ni....tunggu esok hari baru makan lagi sedap sbb kek tu dah lembab. Jom kita tengok resepi ni......







KEK SONATA MUSIM SALJU
Sumber : littlecraftshop-puteri.blogspot.com

Bahannya:
250gm butter
1/2cwn gula
2 1/2cwn tepung naik sendiri
1cwn susu segar
5bj telur (saya guna 4bj....besar)
2 sb sunquick oren
1st esen vanilla(saya tak letak)
jem strawberry/rasberi
kelapa kering

Caranya:
Pukul butter dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
Masukkan tepung sikit sikit, kemudian masukkan oren sunquick. Dah sebati, masukkan susu.
Pukul hingga betul2 sebati.
Masuk dalam loyang pilihan, bakar suhu 180C sehingga masak.
Dah sejuk, sapukan dengan jem pilihan, kemudian salutkan dengan kelapa kering.




SELAMAT MENCUBA




Dah potong baru teringat nak ambik gambar!!!!!!!


   


Rozelle n Ricky






Inilah kucing terbaru dlm rumah ni......Siang malam pagi petang dok heret kehulu kehilir. Kucing yg dah tua....Rozella n Nicky  dah tak pandang nampaknya sekarang. Si comel 2 ekor ni baru brumur 1 bulan 25 hari. Lahir 1 Ogos hari tu, alamak.....samalah bintang dan bulan tuan rumah ni.....3 ogos!!!!!!!. Tahun depan leh sambut bday berempat....hahahaha!!!!!




Warnanya kelabu malap....so bila ambik gambar, tak menyerlah.....tak fotogenik gitu!!!!!!!!. Tapi kalau tengok betul2, live lagi.....comel beb!....bulu kembang, hidung mek...




Bila tengah boring2, tengok gelagat si Rozelle n Ricky ni.....terhibur gak.



Isnin, 24 September 2012

Tart Telur Kantonis



Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sesekali pekene ngan tart sedap juga.Kalau dulu bila teringin nk makan tart telur, gi cari kat bakery. Sekarang dah pandai......buat sendiri je!!!!!. Resepi ni sumber dari NazCOSK @ovenkecil. Sedap tart ni.....saya share di sini pula ye.....


TART TELUR KANTONIS
Sumber: NazCOSK @ovenkecil.blogspot.com

Bahan crust:
250gm tepung gandum
125gm butter
55 gm icing
1 biji telur-dipukul sedikit
serbuk vanilli @ 1/2 st esen vanilla

Cara penyediaan crust:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masuk telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambah vanilla, kacau rata.
3.Masukkan tepung sikit2 sambil menguli hingga membentuk doh yg lembut.
4. Ambil sedikit doh, tekan dlm acuan tart hingga kemas dan buang lebihan ditepi acuan dgn pisau.

Bahan kastard/filling
3 biji telur
110 gm gula castor
225gm air panas
85gm susu cair
1/2 st esen vanilla

Cara penyediaan:
1. Larutkan gula dalam air panas
2. Pukul telur dangan susu cair guna whisk. Masukkan larutan gula tadi, gaul sebati.
3. Tapiskan adunan dlm jug kecil.


Cara membakar tart. (Naz tunjuk 2 cara, tp saya guna cara yg mudah je)
1. Tuang larutan kastard dalam tart shell yg belom di bakar.
2. Bakar dlm oven pd suhu 180C - 200C selama 25 - 30 minit @ hingga masak.


SELAMAT MENCUBA

Agar-agar Pelangi




Assalamualaikum. Selalu juga saya buat agar2 ni.....lelebih lagi kalau musim panas. Selain cantik kejadiannya, nyaman je kat tekak. Tapi ada masa meragam gak, salah teknik agaknya bila melapis tu. Nampak elok dan cun je tapi bila potong.....ada yg tertanggal. Tu je cabarannya...... Resepi ni sumber dari linapg.blogspot.com. Sama - sama kita kongsi resepi yg sedap ni ye.......


AGAR AGAR PELANGI
Sumber : linapg.blogspot.com

Bahan A
10 gm serbuk agar2
1 cawan gula pasir
1000 ml air
6 - 8 helai daun pandan

Bahan B
10 gm serbuk agar2
1 cawan gula pasir
1000 ml santan (santan kotak 200ml + 800ml)
secubit garam


Caranya:

1. Masak bahan A hingga mendidih.
2. Masak pula bahan B hingga mendidih (bekas berasingan)
3. Asingkan 200ml agar2 santan (bahan B) dan bubuh pewarna. Tuang dlm acuan.
4. Bila hampir keras, tuang lapisan ke dua iaitu 200ml agar2 plain(bahan A) dan bubuh pewarna yg sama dgn bahan B.
5.Bila hampir keras, lapis seperti tadi tapi bubuh warna yg berbeza. Jika agar2 dh terlalu keras, lorekkan ngan lidi sebelum tuang lapisan seterusnya.
6. Bila dah selesai melapisnya, sejukkan baru dinginkan dlm peti ais.


SELAMAT MENCUBA
6.

Nasi Komok @ Nasi Minyak Thai





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari minggu baru2 ni kononnya tak nak masak nasi, nak masak mee je. Yelah...memandangkan ada orang dlm rumah ni kene diet atas nasihat doktor. Kalau mee pun kene mee hoon, tak leh mee kuning. Tapi hati nak mencuba resepi nasi komok ni, dah lama simpan resepi ni asyik lom kesempatan je. Nak sedapkan hati sendiri, masak gaklah sikit.....sebagai episod pengenalan gitu, kalau sedap lain kali leh masak banyak. Resepi ni saya copy dari Mieza @ WAWMC. Boleh tahan sedap nasi ni, rasanya ala ala nasi daging gitu tapi tak de daging dlm nasi ni. Tq Mieza...saya salin kat sini ye....


NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI
Sumber :Mieza @ WAWMC



BAHAN REMPAH KOMOK
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1 sk garam
1sk gula.

Caranya:  Gaul semua, kalau ada lebih boleh simpan dlm peti ais.


Bahan untuk nasi:
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2 sb rempah komok
1/2 cawan susu cair
kiub ayam
daun ketumbar/akar ketumbar
garam
bawang goreng
minyak sapi (saya guna butter)
2 helai daun bay (saya tak letak)
bawang putih jeruk (saya tak letak)



Bahan tumis:
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia*(* ditumbuk halus)
1/2 biji bawang holland (dimayang@ dadu)
kayu manis, bunga lawang,cengkih dan buah pelaga
lada hitam di tumbuk halus(sikit je)


Caranya:
1.Tumis cengkih, b.lawang,cengkih dan buah pelaga. Masukkan bawang holland.
2. Dah layu masukkan bahan tumbuk, dah wangi masukkan rempah komok, lada hitam, daun bay. Dah garing masukkan air dan susu cair.
3. Salin ke rice cooker, masukkan beras dan bahan2 lain.
4. Dah masak tabur bawang goreng.


AYAM GORENG KOMOK
Ayam
garam
rempah komok
serbuk pati ayam

* perap semua bahan diatas bersama ayam. Goreng sampai masak.



SOS NASI KOMOK

6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 in halia (saya tk letak)
daun ketumbar(saya tak letak)
cuka(saya gantikan dengan sos cili)
garam
gula pasir
akar ketumbar (diketuk, masuk masa masak sos)

Caranya:
1. Blender semua bahan kecuali akar ketumbar. 
2. Goreng gula hingga menjadi gula hangus karamel.
3. Dah cair, masukkan bahan blender dan akar letumbar
4. Masak dgn api sederhana hingga pekat. 
5. Sambal tu biar berasa masam masam manis.









Bingka Ubi Cheese






 Assalamualaikum......bertemu kembali. Cakap pasal ubi, terbayang kat kepala ubi rebus makan ngan sambal tumis ikan bilis.Perghhhhh.......sedap hingga menjilat piring gitu!!!!. Kalau bingka ubi, macam2 style orang membuatnya. Ada yg ubi tu diparut, ada gak yg blender je.....nak jimat tenaga le tu!!!!!. Sebenarnya ubi ni kita boleh buat macam2....tapai ubi, lapis ubi, donat ubi, keria ubi . Kali ni saya try buat bingka ubi bercheese, resepi dari Roz@HomeKreation. Sebelum buat tu, hati cuak gak, takut tekak tak leh terima...maklumlah ubi ngan keju. Tapi bila dah masak dan makan panas2 pulak tu.....mak oiii!!!!! sedap sangat, tak terasa mcm bingka tapi dah rasa mcm kek, lembut dan lemak ditekak. First time buat, oleh kerana tk sabar nk rasa kejadiannye, kurang garinglah pulak. Tak pe, next time kita kasi garing2!!!. Ok, saya kongsi resepi yg sedap ni kat sini ye......


BINGKA UBI CHEESE
Resepi : Roz@HomeKreation

Bahan bahan:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubi kayu(diparut dan ditapis airnya)
400ml santan
pewarna kuning

Cara caranya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga rata.(saya guna mixer)
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
3.Masukkan ubi kayu, santan dan pewarna.
4.Bakar suhu 170C selama 1 jam 30 minit @ sehingga masak .
5. Sejukkan sebelum di potong.



SELAMAT MENCUBA

Ahad, 23 September 2012

Puding Roti

:



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya memang suka membuat puding terutama puding roti sebab , proses membuatnya senang. Cuma ketika nak melapiskan setiap warna kene cepat sebab puding yg ada roti cepat mengeras. Resepi asal puding ni saya copy dari kak Yati @yatie memories. Bila saya buat guna acuan sillicon ni, saya gandakan resepi tu sbb acuan ni besar lebih kurang 10in lebarnye. Kalau besar n cantik macam ni, sesuai untuk dijadikan puding hantaran....hehehe. Seperti biasa, saya ada tambah dan mengubahsuai resepi ni ikut cara saya. Tq kak Yati, saya salin di sini ye.......


PUDING ROTI (acuan 10in)

Resepi : Kak Yati @yatiememories


Bahan bahan

8 keping roti
4 biji telur
1 cawan susu pekat
340ml susu cair
20gm serbuk agar2( 2 paket, setiap paket 10gm)
1 cawan gula
4 sb butter
7 cawan air
pewarna purple ( terpulang nak letak warna apa)
vanilla @ apa2 perasa 

Caranya:
1. Serbuk agar2 dan gula di masak hingga mendidih dengan sebahagian air.
2.Sementara tu blender roti, susu cair, susu pekat, telur,vanilla  dan sebahagian air lagi.
3. Bila agar2 dh mendidih, masukkan butter, kacau hingga butter mencair.
4. Masukkan bahan yg diblender tadi, masak lagi hingga mendidih.
5. Kecilkan api, adunan dibahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal, 1bahagian lagi warnakan purple. 
6. Tuang ke dalam acuan pilihan selapis demi selapis dengan cepat sbb puding ni cepat mengeras.
7. Dah siap, sejukkan.


Selamat mencuba

Kuih Bakar Kentang




Assalamualaikum......ada orang sebuat kuih bakar, ada yg sebut bingka, padahal sama je...... Saya tertarik dengan resepi dari Dayang Jack ni. Biasanya saya buat bingka kentang ni warna kuning @ hijau je....no belang2. Dalam resepi ni ditambah serbuk koko dan coffee emulco. Tu yang teruja nak mencuba. Tapi saya ubahsuai lagi jadikan dia tiga warna iaitu warna asal....so jadilah ia seperti marble.  Sapa2 yang belum mencuba resepi ni......jom cuba, sedap sangat!!!. Tq DJ.....saya salin di sini semula ye ikut cara saya.

KUIH BAKAR KENTANG
Resepi : Dayang Jack@DapurKu Sa Yang

Bahan-bahan

2 biji kentang (rebus n kisar/lecek)
1 bj telur
140gm gula pasir + 3 sb susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna hijau n pes pandan
3 sb minyak sapi (saya guna butter)
1/2 cwn susu cair (saya tak letak)
1 sb serbuk koko
1 st coffee emulco

Cara:
1. Kentang, telur, gula, tepung, susu saya blend hingga halus.
2.Adunan dibahagi kpd 3bhg (DJ 2 bhg je). 1 bhg warna asal, 1 bhg warna hijau + pes pandan, 1 bhg campur serbuk koko + coffee emulco.
3. Sapu loyang dengan butter, panaskan sebentar. Tuang adunan selang seli ke dalam loyang seperti kek marble. Bakar hingga masak @ keperangan.

Selamat  mencuba

Blog Yang Selalu Ku Intai......!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.....menjalani kehidupan yg serba warna warni dan dapat terus membina hati dan keluarga bahagia. Selagi kita diberi kesempatan dan peluang, kita hendaklah sentiasa menghargai insan2 yang sentiasa berada disamping kita, yang bersama2 di kala susah dan senang, di kala derita dan bahagia. Hargailah mereka selagi mereka ada kerana mungkin esok adalah hari terakhir kita.....umur kita sehari semalam je!!!!!

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger2 yg telah singgah ke blog saya. Almaklumlah, saya masih bertatih dan banyak hal saya kene pelajari dari mereka yg terlebih dulu 'makan garam'. Sebelum ni saya sering intai blog2 masakan atau pun blog2 santai.....untuk mencuba resepi terbaru, untuk hilangkan stress dan untuk mendapatkan info terkini. Antara blog2 yang saya intai :

Bebasberlari.blogsport.com
Santai Ben Ashaari
Que Achmad dot com
Yatiememories.blogspot.com
Che Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan
Mieza @ WAWMC
Sitidelima-dari dapur ct
Yat Easybakes.blogspot.com
Mamafami.blogspot.com
DayangJack @ DapurKu Sayang
Ovenkecil.blogspot.com
Liza @ Intai dapur
Azlita Masam Manis
Sue-hasue.blogspot
Noorsha.blogspot.com
Mamawandiha.blogspot.com


Sebenarnya ada banyak lagi tapi ada yg saya copy resepi, ambik petua dsbnya.....terlupa nak catit dari blog mana. Jika terkeluar resepi atau sebagainya dari blog anda dlm blog saya.....saya akan tulis sumber dari internet saja ye.....saya mohon banyak2 ampun dan maaf.

Kepada bloger2 yg saya sebut diatas, banyak sudah ilmu yg saya dapat, saya praktikkan. Dari situ timbul minat dan keinginan untuk mempamerkan hasil air tangan saya kepada anda khasnya dan kepada sesiapa saje yg sudi singgah ke blog saya amnya. Anda semua adalah sumber inspirasi saya. Jika ada tersalah fakta, terlajak kata, tersinggung rasa, saya mohon ampun dan maaf.......

"SESETENGAH PEKARA SESUAI BENAR DENGAN SEMUA ORANG, TAPI TAK SERASI DENGAN KITA. SESETENGAH PEKARA SERASI BENAR DENGAN  KITA, SERASI JUGA DENGAN SEMUA ORANG."


Wassalam....

Sabtu, 22 September 2012

Pentingkan diri sendiri.....







Assalamualaikum......semuga hari ini lebih baik , lebih tenang, lebih damai dari semalam. Bagi saya, hari ni hari yg banyak memeningkan kepala. Macam2 hal berlaku sejak awal pagi. Mungkin disebabkan hari ni hari sekolah ganti kot.....tu yg kelam kabut dibuatnya.

Awal pagi dah bangun mcm biasa.....anak pulak liat nk bangun nk gi sekolah. Pukul 6.30am baru bangun dari tidur....tolak campur bahagi darab ngan termenung, ngan mandinye yg lama, ngan berangan depan cermin, solat subuh lagi....kol 7.10am baru siap. Tu tak termasuk sarapan....sbb tak sempat. Sampai sekolah...7.25am, pagar dh separuh tutup. Apa lagi....beratur depan gate kena catit nama sapa dtng lambat. Ingatkan anak kita je sorang yg lambat rupanya ramai lagi.....

Lepas tu terus gi pasar tani.....wpun tahu pagi2 mcm ni mmng jem teruk. Kalau tak nak jem, gi kol 9 ke 10 ke, jawabnya bnyk sayur2 fresh dh habis. Waktu puncak mcm ni mmng memerlukan kesabaran.....susah dapatkan parking. Tiga @ empat kali tawaf lom tentu dapat. Tapi pg ni rezeki baik.....cepat dapat parking. Dalam kepala, cepatlah balik sbb cepat dpt parking....lagipun bnyk keje yg dok menunggu kat rumah.

Dengan senang hati, barang yg kita nak semua dh dapat, terus ke parking. Nampak dah dari jauh ada kereta blok tp ingatkan tuannya ada kat situ. EEEhhhh......sorang pun tk de dlm kete tu, belakang dia kiri kanan semua dok hon sbb mmng tengah je. Boleh sabar lagi ni. Bagus gak orng ni....atas dashboard dia ada tulis no hp dia so, ramai yg call termasuk saya suruh cepat alih kereta dia ni. Hampeh......tak berjawab pun. Dah tahu tak de parking, nak tumpang belakang kereta orang, jgnlah turun semua!!!!. Driver mesti tunggu sb masalahnya mcm inilah!!!!. Menyusahkan banyak orang. Dalam setengah jam gak menunggu...bunyi hon tak yah cakaplah....memekakkan telinga je. Dengan senyum simpul, lenggang lenggok berjalan, tak mintak maaf, tuan punya kereta tu sampai...... Amboi!!!!. Terdengar gak suara2 hilang sabar....."buang je telepon tu dalam longkang"......

Moralnya......jangan pikir kepentingan sendiri. Anak india anak cina, lain kali kau kena!!!

WASSALAM

Jumaat, 21 September 2012

KELAS ALQUR'AN WANITA




     Ustazah Hjh Ummi Kalthum Bt Mohd Zin



Assalamualaikum.....semuga berbahagia di hari Jumaat ni. Setelah sebulan berpuasa dan sebulan jugalah kita beraya, tentu ada yang dah 'over load n over weight'. Kat perut tu bukan saja babat yg timbul, kek bertingkat pun ada. Ramai yang perasan perubahan tu tapi lagi ramai buat2 tak perasan, do no je......biar mati makan jangan mati tak makan!!!!!.

Bila sebut makan.....jangan ingat perut je nak makan, nak sentiasa beralas. Hati nurani kita pun sama. Makanan untuk hati kita supaya sentiasa bersih adalah dengan perbanyakkan membaca Alqur'an. Bila kita sentiasa 'berkawan' dengannya semasa di dunia, dialam kubur nanti dia juga menjadi kawan dan menerangi 'rumah baru' kita tu.

Memang ramai yang dah pandai mengaji, khatam Alqur'an berkali2...tapi lebih ramai lagi yang tak pandai langsung. Ramai yg pandai sekadar membaca tapi lebih ramai lagi membaca 'kelaut'....hukum tajwid tak ambil kisah. Ingat.......bila kita mati nanti Alqur'an akan persoalkan bacaan kita....dia akan tuntut setiap huruf yg kita baca salah tu!!!!

Usia kita sehari semalam je.....entah2 esok kita dah di jemputNYA. Selagi ada sisa usia yang tinggal ni, selagi nadi kita masih berdenyut, selagi fikiran kita masih waras, selagi lidah kita boleh membaca kalimah Allah....jom kita belajar dan membaca Alqur'an.

Memang ramai yg pergi belajar tapi lagi ramai yang malu dan nanti dulu. Malu sebab dah tua baru nak belajar?. Malu sebab baca merangkak2?. Dalam bab ni tak boleh malu2. Alqur'an untuk semua peringkat umur....kecik besar tua muda, tak de yang terkecuali. Yang dah pandai masih kene belajar lagi dan lagi....apatak lagi yang merangkak2.

Kadang2 ada orang yang berkira pasal bayaran. Bayar anak tuisyen boleh, bayar anak mengaji menggigil nak keluar duit. Bayar pegi belajar hal2 duniawi boleh tp untuk bayar nak gi ngaji tak cukup badjet. Abang2, kakak2, makcik2, pakcik2......tu semua jgn bekira, semua tu dikira saham....saham akhirat!!!!. Kalau kedekut gak.....cari tempat yang belajar secara free.

Kalau kat Malaysia ni.....tak tahulah berapa banyak tempat yang mengadakan kelas Alqur'an secara percuma. Kalau di tempat saya di Johor Baharu, biasanya di masjid2....diorang ada peruntukan untuk kelas Alqur'an dan Fardu Ain untuk kaum wanita. Misalnya di Masjid Kg Melayu Majidee Johor Bahru....kelas alqur'an telah diadakan bertahun lamanya. Bukan calang2 ustazah yang mengajar....bekas qariah negeri Johor yang memenangi musabaqah Alqur'an peringkat kebangsaan iaitu Ustazah Ummi Kalthum Bt Mohd Zin. Selain beruntung dapat mendengar lontaran suaranya yg gemersik dan boleh meremang bulu roma, setiap pembacaan pelajar ditegur secara berhemah.

Jom.....kakak2 , makcik2 yg berada disekitar Kg Melayu, kita pakat2 gi ngaji!!!!. Kita penuhkan kelas Alqur'an selagi belum terlambat sebab........ramai diantara kita rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. So...apalagi, tepuk dada tanya iman.

WASSALAM


Roti Manis Berinti Sosej







Saya ada bagitahu........satu adunan roti manis tu, boleh dipelbagaikan. Kita boleh bubuh atasnya chiken floss  samada yg pedas atau manis, kita boleh tabur keju, coklat rice dsbnya. Yang ni...saya bubuh sosej didalamnya, sos cili dan mayonis di atasnya. Sosej tu kene rebus dulu, satu batang dikerat 3. Kalau roti tu seketul2 bulat, potong dua....kalau bujur memanjang, tak payah potong.  Kepada yg dah arif buat roti, mesti cakap.....eleh, itupun nk bagitahu, senang je.  Memang ramai yang dah tahu tapi lebih ramai yang tak tahu ...mcm saya sblm ni. So....sapa2 yg baru berjinak2 dlm meroti ni......rajin2lah mencuba.

Roti Manis Kacang Merah





Tergebu sudah.....hahaha!!!!. Bukan setakat gebu, halus dan lembut je bila masuk mulut. Kalau tak percaya...cubalah. Masih lagi adunan roti manis tapi kali ini saya bubuh inti kacang merah. Atasnye di tabur bijan. Sekarang tak susah nak dapatkan inti kacang merah. Tak perlu nak merebus kacang berjam2...silap haribulan kacang tu hangus...waduh!!!!. Senang je....dapatkan inti yg dah siap tu kat kedai jual bahan kuih.

OK.......SELAMAT MEROTI!!!

Roti Manis Butermilk






Amacam.....gebu tak?. Kali ni saya letak inti perisa susu....buttermilk!. Adunan roti macam biasa.....roti manis original. Resepi inti saya copy dari blog Fiza Umisofea.....lupa lak nama blog dia!!!. TQ Fiza.....memang sedap inti ni . Budak2lah yg suka. Sini saya sertakan resepi inti tu.....sukatannye nanti dapat banyak. Apa susah, leh simpan dlm peti ais dan boleh guna 2@3 kali.....Selamat mencuba!!!!


BUTTERMILK FILLING

Bahannya:

100gm butter tanpa garam (cairkan suhu bilik)
  30ml  susu pekat
  70gm gula icing
   sedikit garam (saya guna butter salted, so tk bubuh garam)
    2 bj kuning telur
120gm susu tepung (diayak)


Caranya:

Pukul semua bahan kecuali telur dan susu tepung hingga kembang. Kemudian masukkan telur, pukul sebati. Last sekali masukkan susu tepung, pukul sebati.
Bila adunan roti dah kembang, ambil doh, leperkan...kemudian masukkan inti. Tutup dengan kemas. Bila roti dah naik 2x ganda baru bakar.


Roti Manis Original










Assalamualaikum......adakah anda meroti hari ini?. Kalau saya dah tentu.......sejak dah pandai ni, dlm seminggu 3 x meroti. Ada yang tukang makan, no hal!!!!. Lagipun, dari satu adunan roti ni kita boleh pelbagaikan bentuk dan rasa. Kalau nak gebu2....satu adunan boleh dapat lebih kurang 23 ketul.....muai tu!!
Sapa2 nak mencuba buat roti manis ni....silakan, saya sertakan resepinya. Kata Liza Roti Manis.....ini resepi asas.....tq again Liza.



ROTI MANIS ORIGINAL
Sumber: Liza Roti Manis


Bahannya:
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula castor ( klu suka manis tambah sikit lagi)
265gm air sejuk + 1 bj telur
  40gm susu tepung
  80gm butter
  11gm yis
    1st   bread improver
    1st   bread softner

Caranya:
1. Campurkan semua bahan kering dan bahan cecair. Uli sebati (tangan @ mixer)
2. Masukkan butter, uli lagi sampai licin. Jika adunan melekit kat tangan, tak pe....
3. Perap adunan selama 30 minit, kemudian buangkan angin.
4. Bentukkan adunan tersebut. Jika melekit, oles tapak tangan ngan butter, baru bentukkan adunan tu.Perap sehingga naik 2x ganda.
5. Sebelum bakar, sapu atas roti.....telur yg telah dicampur ngan susu cair.
6. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit atau hingga keemasan.

# untuk sapuan.......1bj telur + susu cair sikit.


               SELAMAT MENCUBA


Dah pandai meroti.....






Teruja......itulah yg dapat digambarkan perasaan saya sekarang. Mana taknya.....resepi roti berlambak dalam simpanan, macam2 roti, macam2 stail, macam2 rupa dan dari sumber yg berbeza2. Antaranya ada resepi dari Mat Gebu DTS, Kak Yati Sinar Kehidupan dll. Tapi bila meroti.....jadi roti bantat, bukan roti gebu macam diorang. Ini bukan kes salah resepi...tapi kes salah tangan yg menguli....hehehe.  Lagi satu...mungkin kurang kesabaran nak tunggu adunan tu menaik 2x ganda masa tu.

Itu dulu.....sekarang kesabaran tu dah 'diupgradekan'....hahaha. Alhamdulillah....akhirnya pandai gak meroti setelah sekian lama mencuba. Berkat tunjuk ajar dan tips tips serba ringkas melalui on line je, akhirnye menjadi. Terima kasih pada Liza Roti Manis....yg memang semanis roti manis orangnya, sudi beri resepi roti manis yg gebu2 kejadiannya. Semuga bizz Liza semakin berkembang di seluruh Malaysia......


Khamis, 20 September 2012

Tragedi 29 Syawal 1433H dlm kenangan

Bila sebut tragedi....tentu suspen. Ingatkan accident ke atau hal2 yg boleh mengugat tangkai hati dan meruntun jiwa. Sebenarnya...keracunan makanan je. Wpun tak serius  tahap ICU....tapi lomah seluruh badan beb!!!!.. Bila dah muntah muntah dan ehem ehem sampai tiga empat kali.....dah tak de apa nk dikeluarkan lagi.....jalan pun rasa badan melayang. Pergi klinik apa lagi.....injectionlah!!!.

Dalam 3 hari gak melepek je....selera makan langsung tak de. Apalagi.....gastrik lak mari....aduhai!!!!! Berat badan turun sekilo lebih......(bagus gak).   Tekanan darah pun rendah.....mana kepala tak senoneng dibuatnya. Dugaan Allah nak beri....terimalah dgn redha .

Rezeki jangan ditolak.....Oleh kerana syawal terakhir (biasalah orang Johor, raya sebulan), ramai yg buat jamuan hari tu. Ada yg jamuan raya merangkap kenduri nak pergi menunaikan haji sekali. Sampai 4 buah rumah tu...dlm masa 1 hari. Nak kata melantak....tak juga, makan masih under control sbb bulan syawal ni berat badan ......kusss semangat!!!!!! naik mendadak. Itulah, dalam hati hati terkene juga. Orang kata musuh jangan di cari tapi 'musuh yg tak nampak' tu juga yg mari!!!!.

Kepada geng2 Kumpulan Yassin Surau Ikhsan Kg Melayu yg mendapat peluang menunaikan Fardu Haji tahun ni.....selamat pergi dan selamat balik. Semuga segala urusan dipermudahkan, jaga kesihatan baik2 dan mendapat haji yang mabrur. Sesiapa yg belom berpeluang lagi....tanam niat dalam hati mulai sekarang.....insyaallah Allah akan makbulkan hajat anda nanti. Yang penting....beringat ingat sambil menabung. 

Chiken Popcorn






Pagi pagi ni 2 buah hati tak nak sarapan yang berat2. Kebetulan pernah buat resepi ni sebelum ni so mereka nak lagi n lagi. Resepi ni saya copy dari blog Mieza @ WAWMC.....memang sedap. TQ Mieza...saya kongsi di sini pula ye.....


CHICKEN POPCORN

Bahan perapan ayam:

2 keping dada ayam - hiris nipis
1 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam 
1 bj putih telur

Bahan tepung salutan:

1/2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung goreng ayam - apa2 brand pun boleh
2-3 sb serbuk kari ayam - yg ni sya bubuh lebih
3-4 sb nestum

Cara-caranya:

1. Ayam diperap dengan bahan perapan selama 1/2 jam. Cara saya.....bila nk goreng baru digaul dengan putih telur.

2. Di dalam mangkuk lain, gaul semua bahan salutan sehingga rata.

3. Panaskan minyak dalam kuali....ambil satu kepingan ayam yg telah diperap, golekkan dalan bahan salutan, goreng hingga keemasan. Ulang hingga habis.

4. Sedap dimakan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja.


Tq my love......Rozi....

Berkat kesabaran ......akhirnye beliau realisasikan impian yg dah lama terperam ni. Mana taknye.....selama ni  tak terfikir pun nak berblog ni......sibuk ngan keje keje keje!!!. Keluar pagi balik malam. keluar rumah...tingkap rumah jiran lom bukak.....bila balik.....tingkap rumah jiran dah tutup. Mana ada mase nak berFB ke atau nak berblog.  Bila dah 'pencen' ni....barulah rasa teringin tu mari. Mulai sekarang.....boleh kongsi dengan sesiapa saja yg sudi singgah di blog saya ni......kongsi segala rasa yg ada.....rasa manis, pahit, masam, payau, dll. Bukan rasa pada hati aje tapi juga rasa pada lidah.......kita boleh kongsi aneka resepi.

Buah kelapa di luar pagar
Ambil sabit tolong kaitkan
Dah tua ni baru nk belajar
Kalau tersasar tolong sedarkan.......


Ok my dear.......thn depan balik Malaysia, baru leh belanje......hehehehe