Rabu, 30 Oktober 2013

Creamy Potatoes & Carrot Soup With Garlic Bread


Assalamualaikum, salam bahagia dan selamat petang. Pagi tadi berkesempatan ronda2 kat blog kawan2, terbekenan dengan soup yang satu ni kat blog Madihaa. Terus teringat2 dan teruja nak mencubanya. Adoi....gi Giant nak cari celery, tak de lah pulak. Time tak nak guna, berlambak!!!. Kebetulan hari ni hari Rabu...pasar tutup. Biasanya hari ni.....dia bukak petang, punggah barang untuk persediaan berniaga hari esoknya. Alhamdulillah....pegi kol 2 lebih tadi, diorang ada lagi dan memang dah rezeki, celery pun ada. Apa lagi....balik ke rumah dengan senang hati...la la la la!!!!!!. So, dapatlah tunaikan hajat hati, nak merasa soup yg sedap ni.... makan pulak dgn roti bawang putih panas2. Memang mabeles dan anak makan bertambah2. Roti yg siap dibakar dah habis, dia merajinkan diri buat sendiri!!!!. Tq Madihaa....saya kongsi disini pula ye.....


CREAMY POTATOES & CARROT SOUP
Sumber : Madihaa aka Ratna

Bahan2:
4 biji kentang besar  
1 biji carrot besar 
1 pelepah celery 
1 kiub pati ayam ~ saya guna 1 1/2 kiub
1 tin susu cair
Air secukupnya untuk kuah ( ikut kepekatan yg anda suka)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah ~ saya guna lada sulah berperisa AjiShio

Caranya:
1. Kupas kulit kentang dan carrot, potong kasar2 dan rebus kdua2nya bersama celery hingga empuk.
2. Tunggu suam, kemudian blender dgn air rebusan sekali hingga halus.
3. Tuang dalam periuk, tambah susu cair, kiub ayam dan air secukupnya. Air bergantung kepada kepekatan yang kita suka.
4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa, masak hingga mendidih.
5. Sedia dihidangkan bersama garlic bread ataupun roti bakar yg disapu butter terlebih dahulu.


                                  garlic bread guna roti sandwich.........anak tak suka roti prancis


GARLIC BREAD

Bahannya:
Rori Prancis ~ saya guna roti biasa
100gm butter
50gm margerin 
sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih ~ cincang halus

Caranya:
1. Gaul sebati semua bahan. ( saya tak campur lada sulah, hanya tabur atas roti)
2. Roti dipotong serong (roti prancis) , potong tiga segi ( roti biasa).
3. Sapu atas roti dgn adunan butter dan tabur lada sulah. Susun dlm dulang pembakar.
4. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar selama 5 minit atau keperangaan dan nampak garing.
5. Sedia dinikmati panas2.

Selasa, 29 Oktober 2013

Nasi Arab.....resepi yg mudah & simple


Assalamualaikum dan salam bahagia. Hujung minggu.....berkesempatan nak masak nasi arab. Itupun sebab dah tak ada idea nak masak apa. Teringat ada simpan resepi nasi arab yg simple dimple, tak perlu pakai arang bagai. Tengok bahan semuanya ada...alright, mudahnya urusan nak masak hari ni. Tengok dan baca resepi bukan main lagi, kejap2 belek, takut tak betul, belek lagi. Itulah....kekadang bila over confident tak boleh juga. Nak jadikan cerita.....bila nasi dah masak, ada rasa serba x kene....pegi lagi tengok resepi tadi. Aduhai!!!!.....patut le nasi arab i lain je gupenye, sukatan rempah salah. Lain yang ditengok, lain yang diambik. Semua rempah nasi tu guna 1/2 sudu....saya bantai letak 1 sudu. Patutlah nampak gelap sikit. Tapi, nasib baik sedap, bila rempah banyak, rasanya seakan2 nasi briyani ...hahaha!!!!. Yang penting, habis seperiuk....anak n huby kata...sedap!!!!!

                                   saya tambah lauk kari daging....anak makan mesti nak yg berkuah



NASI ARAB SIMPLE
Sumber : Naimah Md Ludin / facebook @ Buku Resepi
Olahan : UDA

Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi 
pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang 

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati. 
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.


Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.


Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)


Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji  buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin  bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)


Khamis, 24 Oktober 2013

Sup Sayur Berdaging




SUP SAYUR BERDAGING


Bahannya:
200 gm daging ~ dihiris dan direbus
1/2 btng carrot ~ dipotong serong / bentuk bunga
1 btng calery ~ dipotong serong
1 genggam cendawan kering keriting ~ direbus hingga lembut dan dipotong2
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawang merah ~ dihiris
sedikit suun dan pucuk tahu ~ dipotong dan direndam
meat ball secukupnya
perasa lada sulah Aji Shio secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak masak + sedikit minyak bijan
 
 


Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi dan masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan daging bersama air rebusan secukupnya. Masukkan carrot, meat ball, candawan, garam, gula dan lada sulah. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan pula calery, suun dan pucuk tauhu. Biar hingga lembut dan mendidih sekali lagi. Bila rasa dah ok, tutup api.
 
 

Kerang Goreng Cencalok


KERANG GORENG CENCALUK


Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis

Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih 
sedikit belacan


Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
  
 

Nyonya Butter Cake


NYONYA BUTTER CAKE
Sumber : Rahel
Olahan : UDA


Bahannya: ( 1/2 dpd adunan resepi asal)
250 gm butter ~ guna butter yg berkualiti utk sedap dan wangi 
200 gm gula castor
4 bj telur A
250 gm tepung naik sendiri
4 sb susu ~ saya guna susu cair
1 st esen vanilla

Caranya:
1. Satukan gula dan butter dalam mangkuk adunan, pukul hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu dan pukul rata setiap kali menambah telur.
3. Masukkan tepung sikit2 (buat 3x) dan putar lagi hingga rata.
4. Tambahkan susu dan esen vanilla, gaul sebati.
5. Masuk adunan dalam loyang 8 x 8in yg telah digris dan alas dgn baking paper.
6. Bakar dlm oven pada suhu 170C selama 60 minit atau hingga masak. Bergantung pada kepanasan oven masing2.












 

Rabu, 23 Oktober 2013

Mee Udang


Assalamualaikum dan salam bahagia. Jumpa lagi....walaupun sekarang agak jarang muncul tetapi terima kasih kepada yg sudi singgah ke blog yang tak 'berapa' ni. Bila rajin...bolehlah saya kongsi2 menu yang mungkin boleh mendatangkan idea anda untuk memasak. Saya pun dapat ilham hasil skodeng blog blogger yang lain. Bukannya apa, kekadang kita kekeringan idea, nak masak apa agaknya hari ni. Kalau setakat melayan tekak kita sendiri.....main campak2 dan main rebus2 je masih boleh on ye tak?. Mee Udang ni  terhasil dari .....cedok resepi sana sini...jadikan satu. Ye la....tengok resepi, semuanya sedap, tak tahu yang mana satu nak cuba. Last2....ambik sana sikit, sini sikit. Yang penting hasilnya...... menjadi mee udang bukan jadi mee lain dan keluarga sukakannya. Kepada sesapa yg terasa resepi ni ada sikit persamaan macam dia punya, halalkan ye....saya kongsi di sini pula!!!!

 

MEE UDANG
Olahan : UDA


Bahannya:
mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah:
sos cili secukupnya
udang  secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus
garam dan gula secukupnya

Bahan dimesin:
1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
3. Masukkan kentang yang dimesin dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah ok, tutup api.
5. Siap dihidang dan dimakan bersama mee and the gang!!!.

 
 

Selasa, 22 Oktober 2013

Kuih Belotok.......????


 Assalamualaikum dan salam bahagia. Jika ada masa dan angin rajin datang, apa salanya kita cuba try test resepi2 yg kita tak pernah dengar dan tak pernah makan pun. Macam resepi kali ini....Kuih Belotok....umur dah hampir senje, baru tahu ada kuih namanya begini. Itu yang teruja nak mencuba!!!!. Saya dapat resepi ni kat FB. Sekali baca .....bahagian kulit kuih ni macam kuih keria @ kuih cucur badak. Memang sama pun!!!!. Yang uniknya, bila nak digoreng, celupkan dengan putih telur. Tujuannya untuk apa.....tak tahulah pulak. Intinya pula....guna daging. Kalau resepi asal, tengok bahannya je dah tahu tak berapa nak pedas. Saya olah tambahkan rempah kari....ala ala inti karipap gitu!!!!!. Selain daging, nak tambah apa lagi, kentang ke, carrot ke.....boleh je. Kita sendiri yang buat dia...ye tak?. Kuih ni sedap dimakan panas2. Jom kita intai.... Resepi ni saya dah olah ikut citarasa saya ye!!!


KUIH BELOTOK
Sumber : Shahanim @ Buku Resepi
Olahan : UDA


Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
1 biji telur (ambil putinya sahaja)

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam.
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan inti, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih, celup dalam putih telur dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Sedap dimakan panas2.


Bahan inti:
250gm daging cincang ~ saya rebus dulu
1 st jintan manis ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
1 st lada hitam ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
2 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawamg merah ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2sb rempah kari daging ~ kalau nak pedas lagi boleh lebihkan
sedikit daun sup ~ dipotong
garam dan gula secukupnya
** jika suka, boleh tambah lada merah yg dihiris, kentang / carrot


Caranya:
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan lada hitam, gaul sebati.
3. Masukkan daging cincang, daun sup, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga rata dan cukup rasa semuanya.
4. Padamkan api dan sejukkan inti sebelum digunakan. 

 

Isnin, 21 Oktober 2013

Puding Tembikai



PUDING TEMBIKAI
Sumber : yaties memories
Olahan : UDA

Bahannya:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2 keping roti putih
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sb butter
2 biji telur ~ saya tambah
1 st esen vanila
sedikit cincau dipotong kecil / bijan hitam
warna merah & hijau

Caranya:
1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
2. Roti, susu cair, telur dan susu pekat di mesin hingga halus.
3. Masukkan bahan dimesin dalam periuk. Masukkan vanila dan butter. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit, tutup api.
4. Ambil loyang 7x7in, basahkan dengan sedikit air.
5. Ambil sedikit adunan, anggaran 1 - 2 cawan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai). Biar mengeras.
6. Ambil sedikit adunan ( x perlu warnakan) anggaran 3/4 cawan, curahkan atas lapisan hijau. Biar mengeras sedikit.
7. Adunan yang lebih, warnakan dengan warna merah, curahkan atas lapisan warna asal tadi. Taburkan dgn potongan cincau / bijan sebagai biji tembikai.
8. Sejukkan dalam peti ais.

Red Velvet Moist


Assalamualaikum dan salam bahagia. Entah kenapa, tetiba tekak ni nak makan kek RV....mungkin dah lama tak buat. Bila teringin.....dah siap keluar bahan bagai, tak sempat pulak. Simpan semula semua bahan tu. Tapi hari ni memang dah tak boleh tahan, nak makan gak. Kebetulan, kawan sorang tu pun tetiba sms tanya, ada buat KRV tak?. Emmm.....sama2 teringin rupanya!!!!. Inilah dia....KRV ....projek di malam hari!!!!. Kali ini, saya try resepi kek dari Azlita Masam Manis. Memang lembut!!!. Cheese frosting....tak ingat, sapa punye saya copy....halalkan ye!!!. Jom kita intai.....

RED VELVET MOIST
Sumber : Azlita
Olahan : UDA

Bahannya:
360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko *
* diayak bersama

400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
                                                  @
                               ~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla
1 sb pewarna merah 
1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas


CREAM CHEESE FROSTING
250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus
**  satukan semua bahan dan pukul hingga halus


Caranya:
1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak. 
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh bakar 2 loyang berasingan.
6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.












 

Ahad, 20 Oktober 2013

Kek Oren Simple......Guna Blender Je!!

 
 
Assalamualaikum....lama tak bersiaran. Kemalasan melanda.....memang tiada penawar!!!. Baru2 ni terjumpa resepi Kek Oren yang senang, mudah dan cepat. Kebetulan buah oren ada kat rumah. Yang mudah2 ni memang sesuai untuk orang yg sedang malas tapi tekak terasa nak makan kek. Memang sesuailah!!!!. Mana taknye, tak perlu guna mixer bagai, guna blender je. Buatnya dah seminggu, baru hari ni nak update....confirm angin malas dah merasuk!!!.  Jom kita intai.....
 
 
 
KEK OREN SIMPLE
Sumber : Noor Hafirdaus @ Food At Home
Olahan : UDA
 
 
Bahannya:
1 biji limau
1 cawan minyak canola ~ minyak masak biasa pun ok
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
2 sb base oren sunquick ~ ini saya memandai tambah
sedikit pewarna kuning ~ saya tambah untuk lebih berseri
 
 
Caranya:
1. Limau dibuang kulit, ambil isinya dan dipotong2.
2. Kulit limau tadi, diparut untuk ambil sedikit zest.
3. Dalam blender, masukkan limau, minyak, gula, oren sunquick dan telur. Blender hingga halus.
4. Tuang adunan dalam mangkuk, tambah tepung gandum sedikit2 dan kacau sebati. Tambah pewarna kuning dan parutan kulit limau tadi, kacau sebati.
5. Tuang adunan dalam acuan pilihan yg telah siap digris dan letak baking paper.
6. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.
 
 
 
                                    inilah hasilnya kalau dipotong semasa panas2!!! x sabar nak ngap!.
 

Selasa, 8 Oktober 2013

Spageti Goreng Seafood

 
 
SPAGETI GORENG SEAFOOD
 
Bahannya:
200 gm spageti ~ direbus
2sb lada kisar
2 bj bawang putih ~ dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong ~ dibersihkan dan dipotong2
7 batang jejari ketam ~ dipotong2
3sb sos cili
2sb kicap manis
3sb sos tiram
sayur sawi secukupnya
taugeh secukupnya
 
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis lada dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis ~ gaul sebati.
3. Masukkan sawi dan bahan seafood ~ kacau rata.
4. Masukkan spageti dan taugeh, gaul sebati.
5. Rasanya dah ok, angkat dan sedia dihidang.
 
 

Isnin, 7 Oktober 2013

Ikan Bakar Bersambal Cencaluk

 
 
IKAN BAKAR BERSAMBAL CENCALUK
 
Bahannya:
1 ekor ikan merah ~ apa2 jenis ikan yg sedap dibakar
daun pisang secukupnya
margerin secukupnya
3 sb cencaluk
1sb sos cili
sedikit air limau/air asam jawa
 
Bahan dimesin:
5 tangkai lada merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
 
Bahan dihiris:
5 tangkai cili padi
1/2 biji bawang holland
1 biji tomato
 
Caranya:
1. Ikan dibersihkan dan dibelah supaya melebar tetapi jgn sampai putus. Ketepikan.
2. Panaskan margerin, tumis bahan yg dimesin hingga garing.
3. Masukkan cencaluk, sos cili , gula , air limau dan bahan yg dihiris. Gaul sebati dan biar hingga pekat sedikit. Tutup api, ketepikan.
4. Ambil daun pisang, oles dgn margerin, letakkan ikan dan terus bakar. Saya bakar dalam kuali non stick kemudian tutup kuali tu supaya ikan masak rata. Bila bahagian bawah dah garing, terbalikkan atas daun pisang lain. Sapu permukaan ikan tu dgn margerin, letakkan sambal cencaluk, tutup dan bakar sekejap lagi supaya sambal meresap.
5. Dah masak, angkat dan letak atas pinggan. Sedap dimakan panas2.

 
 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pulut vs Serawa Durian

 
 
PULUT VS SERAWA DURIAN
 
Bahan pulut:
2 cawan beras pulut ~ direndam
1 cawan santan cair
garam secukupnya
 
Caranya:
1. Toskan beras pulut, bersihkan dan gaulkan dgn santan dan garam.
2. Masukkan dalam loyang, kukus hingga masak.
 
Bahan serawa:
7 ulas isi durian
100gm gula Melaka ~ diracik halus
1/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
100 gm santan pekat ~ saya guna santan kotak
sedikit garam
 
Caranya:
1. Gula Melaka, gula pasir dan air, dimasak hingga gula hancur.
2. Tapis dan masuk semula dalam periuk.
3. Campurkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih. Hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah santan.
4. Rasakan manisnya, kalau dah ok, tutup api. Kalau kurang, tambah sikit lagi.
5. Pastikan serawa tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

 
 

Rabu, 2 Oktober 2013

Keria Kentang


KERIA KENTANG

Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air

Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.

Kerang Hitam Manis

 
 
KERANG HITAM MANIS
 
Bahannya:
kerang secukupnya ~ direbus dan diambil isinya
sos tiram
sos cili
kicap manis
sedikit minyak untuk menumis
 
Bahan tumis:
bawang putih dan halia ~ dicincang halus
 
Bahan dihiris:
bawang Holland
cili padi
lada merah
 
Caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Biar hingga Wangi.
2. Masukkan bawang hiris, sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul sebati.
3. Masukkan isi kerang, gaul sekejap terus tutup api. Jgn lama2, nanti liat.
4. Sedia untuk dihidangkan.

 
 

Kuih Keria Keledek

 
 
KERIA KELEDEK
 
Bahannya:
 
250gm keledek ~ direbus hingga empuk
1/2 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder ~ x letak pun ok
sedikit garam
 
 
Caranya:
1. Keledek yang dah empuk + garam, dilecek halus ketika panas2. Ketepikan sehingga suam.
2. Campurkan tepung gandum dan baking powder kedalam keledek, gaul rata dan sebati.
3. Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti donat, buat hingga habis.
4. Goreng kuih hingga keperangan, angkat dan toskan minyak.
 
 
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
sedikit air
 
Caranya:
1. Masak gula + air, hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria, gaul rata dan tutup api. Teruskan gaul kuih tu hingga gula mengeras.