Isnin, 29 September 2014

Cucur Kentang Daun Cekur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim hujan sekarang ni dan tengok kat mana2 laman sosial, ramai yang menayang cucur kentang atau omputih kata Potato Fritters. Apa2 cucur sekalipun, memang orang suka. Ada yang suka makan dengan sos dan juga dengan sambal tumis. Itu citarasa masing2!!!!. Asalnya cucur ni saya copy dari FB (Noraida Durani). Tapi saya dah olah dan tambah sana sini.

Nak citer pasal cucur kentang saya ni, saya specialkan dia sikit. Supaya lebih marbeles!!!!. .Ikut citarasa sayalah!!!. Saya tambah bawang putih yg ditumbuk halus, udang geragau kering dan daun cekur. Kalau nak tahu sedap ke tak....bolehlah kawan2 mencuba.






CUCUR KENTANG DAUN CEKUR
Olahan : UDA

Bahannya:
3 biji kentang (disagat halus)
4 sb tepung jagung 
3 sb tepung gandum
1sb udang geragau kering
8 helai daun cekur ~ dihiris halus
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
1 tangkai lada merah ~ buang biji dan dipotong halus
1 biji telur
serbuk lada sulah secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Caranya:
1. Dalam bekas, satukan semua bahan dan gaul rata. 
2. Panaskan minyak masak. Sudukan adunan dan goreng hingga masak dan garing. Pastikan adunan leper sedikit supaya ianya garing diluar dan lembut didalam.
3. sedap dimakan dengan sos ataupun sambal tumis!!!.


Selasa, 23 September 2014

Keria Ubi Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak bersiaran. Nak buat macamana, kesihatan tak mengizinkan. Bila dah sihat, nak kembalikan semula mood rajin, tu yang susah. Senang citer.....banyk malas dari rajin. Hari ni tetiba rajinlah pulak. Alhamdulillah, perkembangan terbaik untuk diri sendiri.

Hari ni nak kongsi kuih keria dari ubi rebus. Sebenarnya, ubi rebus tu lebihan semalam .....makan dgn sambal tumis. Ada lebihan tu sayang pulak, try buat kuih keria. Alhamdulillah, menjadi dan sedap!!!.
Masa buat tu tak sukat betul bahan2nya, main agak2 je. Nasib baik jadi sebab, ubi tu sendiri dan berkanji, so tak perlu letak tepung banyak2, janji dah boleh dibentukkan, ok la tu.






KERIA UBI REBUS


Bahannya:
360gm ubi yang telah direbus
tepung gandum secukupnya
sedikit garam

Bahan sira:
2sb gula pasir
1 sb air



Caranya:
1. Ubi yang direbus, toskan airnya dan lecek hingga halus bersama garam semasa masih panas.
2. Dah halus, campurkan sedikit tepung. Janji dah boleh bentukkan, cukuplah tu. Kalau banyak nanti kuih keras.
3. Bentukkan dan goreng hingga kekuningan.
4. Masak bahan sira hingga pekat, masukkan kuih, gaul rata. Tutup api sambil ditabur sedikit tepung gandum supaya gula tak cepat mencair walaupun kuih dah sejuk. Gaul lagi hingga betul2 rata dan angkat.