Alhamdulillah, akhirnya rajin gak mencuba buat kuih yang sangat sedap ni. Masih kena mencuba lagi selepas ni sebab dari segi kekemasan lom puas hati.....memang dah terserlah 'manisnya' tapi masih lom nampak 'ayunya' lagi......
NONA MANIS
Resepi asal : Warisan Mama
Sumber : Azlita Masam Manis
Olahan : UDA
Bahan A
1 bj telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Cara : Satukan semua bahan, blender dan ketepikan.
Bahan B:
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air diblender, tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
pewarna hijau
Cara:
1. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis. Tambah warna hijau.
2. Masak atas api sederhana hingga meletup2.
3. Satukan bahan A dalam bahan B.
4. Kacau rata hingga menjadi adunan yang pekat dan licin.
5. Ketepikan dulu.
Bahan C
1 cawan santan pekat
1 sb tepung jagung
1 sb gula ~ saya tak letak
1/2 st garam
Cara: Satukan semua bahan, masak atas api sederhana hingga pekat. Biarkan hingga suam. Masuk dlm piping bag ataupun dlm bag plastik, gunting bhn hujung.
Cara nak menghasilkan nona manis!!!
1. Panaskan kukusan. Guna acuan lompang, gris dgn sedikit minyak masak.
2. Tuang adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 acuan lompang.
3. Kemudian paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau, tekan sedikit hingga adunan naik penuh acuan.
4. Kukus selama 7 - 10 minit atau sehingga masak.
5. Angkat dan sejukkan sebelum keluar dari acuan.