Isnin, 27 Oktober 2014

Bebola Roti Isi Ikan Dory




BEBOLA ROTI ISI IKAN DORY
Olahan : UDA


Bahannya:

4 keping roti sandwich ~ digunting kiub
1 cawan isi ikan dory ~ dipotong kiub
2 sudu makan tepung jagung
1 tangkai lada merah ~ dipotong halus
3 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
daun sup secukupnya
lada sulah secukupnya ~ saya guna lada sulah AjiShio, tak perlu tambah garam


Caranya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Ambil sedikit adunan, ramas2kan sambil bentukkan jadi bulat. Buat hingga habis.
3. Goreng dalam minyak panas dgn api sederhana hingga masak.
4. Sedap dimakan bersama sos cili .

Bingka Ubi Cheese



BINGKA UBI CHEESE
Sumber : Roz@HomeKreation
Olahan : UDA

Bahannya:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubi kayu (diparut dan ditapis airnya)
400ml santan ~ saya guna santan kotak
pewarna kuning
sedikit vanilla ~ ini saya tambah





Caranya:
1. Guna mixer, pukul cream cheese dan gula hingga rata
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
3. Masukkan ubi kayu, santan, vanilla dan pewarna, gaul rata.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum dipotong.