Khamis, 28 Februari 2013

Japanese Crispy Cream Puff

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Semuga hari2 yang kita lalui, dipermudahkan segala urusan. Hari semalam pagi2 dah ngadap cream puff . Permintaan anak, balik dari sekolah mesti ibu dah buat!!!. Hari tu dah buat...lom sempat nak ambik gambar dah habis!!!. Sebab dah lama tak buat....tu yg tak cukup..hehehe!!!. Nasib baik cream kastard ada baki, tinggal adun pastry puff je. Apa2 pun....memang akui...Japanese crispy cream puff ni memang best, rangup dan memang tak jemu memakannya. Buatnya tak susah cuma kene rajin baru jadi...hehehe!!!. Jom kita intai resepinya....





JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
Sumber : Azlita masam manis


KRIM KASTARD

Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum ~ 85gm (diayak)
1 1/2 sb tepung kastard
1/2 cawan + 2 sb gula
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair / segar
30 gm butter
1 st vanilla
secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya (tak letak pun tak pe)

Caranya:
1. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas.
2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu , kacau sebati.
3. Masukkan baki susu, garam dan vanilla, kacau rata.
4. Panaskan atas dapur dgn api yang sederhana hingga pekat. Sentiasa dikacau supaya tidak berkerak. Bila dah letup2, tutup api.
5. Tambah butter, kacau hingga licin dan berkilat. Simpan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk.
6. Adunan kastard ini boleh digunakan untuk 2 adunan pastry puff. Setelah digunakan, yang lebih boleh disimpan untuk kegunaan hari lain.
7. Krim Kastard ni boleh terus digunakan atau pun boleh juga dicampurkan dengan Non Dairy Whipping Cream. Caranya: 1 cawan cream dipukul hingga kental. Kemudian dicampurkan dalam krim kastard. Jika ianya berketul2, haluskan guna mixer sekejap.


PAI SHUU CRUST

Bahannya:
50gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan tepung naik sendiri @ tepung gandum + 1/2st baking powder

Caranya:
1. Cairkan butter.
2. Dalam bekas, satukan tepung dan gula icing yang telah diayak.
3. Tuang butter dalam adunan tepung, segera kacau dengan garpu hingga sebati dan jadi doh yang lembut.
4. Tutup dengan plastik supaya tak kering. Ketepikan.



PUFF PASTRY

Bahannya:
120gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170gm (diayak)
5 biji telur (dipukul rata)
1/4st garam
1st gula 

Caranya:
1. Dalam periuk, satukan butter, garam, gula dan air. Panaskan hingga mendidih, tutup api.
2. Dengan segera tuang tepung, kacau guna senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut.
3. Panaskan semula dengan api yang kecil, kacau lagi hingga terbentuk kepingan nipis.
4. Tutup api, masukkan telur sikit2, kacau terus adunan hingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
5. Masukkan dalam piping bag dan guna nozel pilihan.
6. 15 minit sebelum dibakar, panaskan oven dulu. 
7. Loyang alas dengan baking paper. Paipkan adunan, biar jarak sedikit sebab ia akan kembang 2 x ganda. tabur Pai Shuu Crust diatasnya. Dengan segera, masuk dalam oven, bakar selama 20 - 25 minit atau keemasan pada suhu 210C dengan api atas bawah. Kalau oven ada kipas, boleh guna.
8. Apabila dah masak, sejukkan sebentar. Paipkan Krim Kastard menggunakan piping bag. 




Selasa, 26 Februari 2013

Kek Nenas






Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Apa khabar?.  Rasanya dah nak hampir seminggu tak bersiaran. Rindu tu memanglah rindu tapi mood tak de, nak buat macam mana ye tak. Hari ni mood tu baru nak bermula, saya try buat kek nenas. Tapi, nyaris2 kek saya ni tak jadi. Dah siap mengadun, tinggal nak masukkan  dalam loyang, terlupa nak letak margerin dalam adunan tu. Adoi!!!!. Saya nekad....cairkan sebentar margerin tu, tapi taklah cair sangat, masuk dalam adunan, terus putar bagi sebati. Tawakkal ajelah!!!!. Nasib baik menjadi dengan gebunya. Kek ni memang sedap, ada rasa masam manis si nenas tu dan ianya memang lembut dan gebu. Nakkan lebih menarik, saya letak sikit pewarna lemon yellow ....taklah pucat sangat. Oleh kerana kek ni guna jem nenas, sebelum nak buat kek, kita masak jem nenas tu dulu. Dah sejuk, baru boleh adun keknya pula. Jom kita intai resepi ni.....

KEK NENAS
Sumber : ilahjy @ ilahmasakanku
Olahan : UDA


Bahan untuk jem nenas:
1 biji nenas yang sedang (kupas dan buang tempulur)
1 batang kayu manis
1/2 cawan gula

Caranya:
Mesin nenas dengan 1/4 cawan air hingga halus. Masukkan dalam kuali bersama gula dan kayu manis. Masak nenas hingga pekat tetapi jangan sampai kering. Sejukkan.


Bahan kek:
1 cawan margerin
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan brown sugar
1 cawan jem nenas
1/4 cawan susu cair
6 biji telur gred B
1 sb ovalette
1 st baking powder
2 sb tepung kastard
1 st esen vanilla
sedikit pewarna lemon yellow


Caranya:
1. Satukan gula, telur, margerin dan ovalette. Pukul hingga gebu dan lembut.
2. Masukkan tepung2 yang telah diayak bersama baking powder, susu cair dan vanilla. Pukul lahi hingga gebu.
3. Masukkan nenas dan sedikit pewarna, putar sebati.
4. Guna loyang 9x9in yang telah digris, bakar pada suhu 170C selama 30 - 40 minit atau hingga masak.

















Rabu, 20 Februari 2013

Bebola Lobak Merah.....rangup!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini menu beberapa hari yang lepas. Terlupa nak masukkan kat sini.!!!. Dah siap ambil gambar dan simpan...entah macam mana boleh terlupa. Maklumlah dah tua...tapi lom peringkat 'veteran' lagi...hahaha!!!!. Memang sedap kuih ni.....rangup diluar, lembut didalam. Saya letak inti kacang merah. Kalau kekawan suka, boleh aja letak inti pilihan hati. Kita yang buat dia...ye tak?. Jom kita intai.






BEBOLA LOBAK MERAH

Bahannya:
150gm lobak merah (direbus dan dilenyek halus)
15gm gula halus
1sb butter
1sb susu tepung
140gm tepung pulut ( kalau lembik, tambah lagi)
inti kacang merah secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan salutan:
putih telur secukupnya
badam cincang secukupnya
serbuk roti secukupnya


Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali inti kacang merah. letak tepung sikit2 dulu, agak2 dah boleh digentel, tak perlu habiskan. Jika masih lembik, tambah lagi. Uli hingga rata dan sebati.
2. Ambil sedikit adunan, letak inti didalamnya, tutup kemas2.
3. Celup dalam putih telur, golekkan dalam badam cincang / serbuk roti, goreng hingga keemasan. 




Murtabak Mini Maggi





Assalamualaikum. Menu sarapan pagi tadi. Ringkas, menarik dan sedap. Saya guna sebungkus maggi...banyak juga dapat. Sesekali layan maggi!!!!!!.


MURTABAK MINI MAGGI

Bahannya:
1 bungkus maggi (direbus, toskan dan dipotong2)
1/2 cawan isi udang (dipotong dadu)
3 batang jejari ketam (dipotong dadu)
3 biji telur (dipukul ringan)
daun sup secukupnya
sedikit lobak merah (didadu)
serbuk lada sulah Ajishio secukupnya
sos ikan / garam


Caranya:
1. Panaskan kuali non stick.
2. Campurkan semua bahan, gaul rata dan sebati.
3. Letak sedikit minyak dalam kuali (jika suka), masukkan 2 sudu besar adunan, masak hingga garing.
4. Sedap dimakan dengan sos pilihan.





Nugget Tauhu Berinti


Assalamualaikum dan selamat malam. Baru boleh 'bernafas lega'!!!!!. Yelah.....surirumah ni kerja kan tak habis2. Urusan rumah tangga yang perlu diutamakan, dah beres....baru leh ngadap ni. Sebenarnya semalam saya buat nugget ni, kebetulan ada anak buah datang.....lepas goreng terus snap, tak sempat nak posing cun!!!. Diorang cakap sedap....tuan yang membuatnya tak sempat nak merasa. Tengahari tadi anak buah tanya mana resepinya...hahaha!!!! . Hari ni busy!!!!. Bila dah ada ni....jangan tak buat pulak. Nugget ni senang je. Macam2 kita boleh letak dalam adunan ni...ikut kreativiti masing2. Resepi asal selain tauhu, hanya letak ayam. Tapi saya letak selagi benda yang ada dlm ais box....tu yang kata sedap, hahaha!!!!!. Jom kita intai.....

NUGGET TAUHU BERINTI
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
5 keping tauhu (dihaluskan)
200gm isi ayam (ditumbuk halus dan digunting kecil2)
1 cawan udang (dibuang kulit dan dicincang halus)
1/2 cawan lobak merah ( dicincang halus)
4 tangkai daun sup (dicincang halus)
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
1sb serbuk lada sulah Ajishio
3 biji putih telur (dipukul ringan)
sos ikan / garam secukupnya

Bahan salutan:
putih telur secukupnya
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya


Caranya:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang atau bekas pilihan yang dialas plastik dan digris dengan sedikit minyak.
2. Satukan semua bahan diatas hingga sebati.
3. Masukkan dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
4. Dah masak, sejukkan. Jika dalam loyang atau permukaan adunan ada air, senggetkan loyang dan lap permukaan adunan dengan towel tissue.
5. Bila dah sejuk, potong ikut citarasa.
6. Golekkan dalam tepung gandum, kemudian dalam putih telur seterusnya dalam serbuk roti.
7. Buat hingga habis, dan boleh disimpan dalam freezer. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing dan keemasan.


Selasa, 19 Februari 2013

Poke White Cake




Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Dalam minggu ni ada sibuk sikit, hinggalah hari sabtu ni. Walaupun sibuk, cuba cari ruang masa untuk buat yang satu ni. Penat tu memang penat tapi dah hobi, turutkan juga hati ni. Kek yang satu ni saya copy dari akma@myresepi. Mula2 pelik gak sebab kek ni tak guna butter tapi shortening.  Lepas tu siram dengan jelly. Was2....nak buat ke tak, sedap ke tak, jadi ke tak. Bila dah jadi....alhamdulillah, boleh tahan kek ni. Terasa lembab je dan jelly yang saya gunakan jelly perasa oren. Tak leh cerita ceriti lama2, ada tugas menunggu. Jom kita terus intai resepi ni.....


POKE WHITE CAKE
Sumber: akma@myresepi
Olahan : UDA


Bahannya: (saya guna loyang bulat 8in)

2cawan tepung gandum
1cawan gula castor 
3st baking powder
1st garam
3/4cawan shortening
1 1/4cawan susu (saya guna susu cair)
2st vanilla 
3bj putih telur

Lapisan agar2:
1 kotak jelly kristal (perisa kegemaran) - bancuh ikut arahan pada kotak dan saya letak sedikit pewarna.


Caranya:
1. Gaul sebati bahan bahan kering dan shortening menggunakan mixer
2. Masukkan susu, vanilla dan telur, gaul sebati hingga gebu.
3. Masukkan dalam loyang yang telah digris, bakar selama 35 minit atau sehingga masak pada suhu 180C.
4. Setelah kek masak, sejukkan. 
5. Cucuk permukaan kek dengan lidi sate. Ini supaya jelly akan meresap pada kek. 
6. Curah perlahan jelly ke permukaan dan sisi kek.
7. Biarkan hingga jelly beku, baru boleh potong kek tersebut.




Isnin, 18 Februari 2013

Ayam masak pandan




Assalamualaikum dan salam bahagia. Kali ni saya nak share satu resepi ayam yang sedap. Selain makan dengan nasi, makan dengan nasi impit pun sedap ni!!!. Tak menggunakan santan tapi terasa lemak. Mungkin sebab ada letak buah keras. Jom kita intai....


AYAM MASAK PANDAN
Sumber : Resep MasakanOnline
Olahan : UDA


Bahannya:
4 ketul ayam (dipotong2)
2sb air limau
sedikit garam
1 helai daun salam (saya tak letak)
2 helai daun pandan (dihiris kasar)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong kasar)
1 tangkai daun bawang (saya guna daun sup) - dipotong2
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan dimesin halus:
1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai lada kering yang dah direbus
3 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 in halia
1 in lengkuas
sedikit  kunyit basah

Caranya:
1. Perap ayam dengan air limau dan garam selama beberapa minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dihiris kecuali tomato dan daun sup. Biarkan sebentar.
3. Masukkan ayam, kiub ayam, garam , gula dan sedikit air, masak hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun sup, biarkan sebati dan rasakan garam dan gula. Semua dah ok, tutup api dan hidangkan panas2.


Ahad, 17 Februari 2013

Sambal Dabu Dabu.....?





Assalamualaikum dan ceria2 selalu. Sebelum ni tak pernah dengar pun nama sambal ni. Pelik semacam je bunyinya. Sambal masakan Indonesia. Saja nak try.....buat sikit, untuk makan sorang je!!!. Boleh tahan sambal ni, main potong2 je bahannya . Tapi ada yang letak minyak panas, daun kemangi...ada yang tak letak. Saya cedok sana sikit, sini sikit....nak try rasa. Sambal ni rasanya macam sambal air asam cuma diletak tomato dan air limau. Pada saya, kalau letak air asam jawa lebih terasa getarannya!!!!. Sedap dimakan dengan ikan bakar, ayam bakar dan sewaktu dengannya. Jom kita intai....


SAMBAL DABU DABU
Sumber : Masakan Indonesia
Olahan : UDA


Bahannya:
1 biji tomato ranum 
2 tangkai lada merah
2 tangkai lada hijau
6 tangkai cili padi
1/2 biji bawang holland
daun kemangi / selasih secukupnya (tak letak pun tak pe)
garam secukupnya
air limau secukupnya ( air asam jawa pun ok)
2 sb minyak masakan yang dipanaskan (tak letak pun tak pe)

Caranya:
1. Potong2 buah tomato dan segala bahan,  satukan.
2. Tambah air limau, garam dan minyak panas. Gaul sebati.
3. Rasakan masam dan masin, dah ok sedap dimakan bersama ikan bakar atau ayam bakar panas2.














Kroket Tauhu Keju




Assalamualaikum dan salam bahagia. Satu lagi resepi saya nak kongsi. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Makan2 waktu malam sambil tengok tv pun boleh...hehehe!!!. Ikut sukalah tapi yang penting, makan panas2, cicah ngan sos....perghhh.....kejap dah licin!!!!. Sesapa yang tak suka makan tauhu pun boleh jatuh cinta ngan tahu lepas makan kuih ni....hahaha!!!. Jom kita semak resepinya....biasalah, resepi yang dah diolah, ikut citarasa kami sekeluarga.


KROKET TAUHU KEJU
Sumber : Resep Masakan Praktis
Olahan : UDA

Bahannya:
300gm tauhu (dihaluskan)
100 gm isi ayam (saya tumbuk halus kemudian gunting kecik2)
50gm keju parut
20gm tepung jagung
1sb tepung gandum
1sb lada sulah Ajishio
1 tangkai daun sup
sedikit lobak merah (didadu)
garam secukupnya

Bahan salutan:
1 biji putih telur
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya


Caranya:
1. Satukan semua bahan, gaul sebati.
2. Bulat2kan sebesar mana yang kita suka, buat hingga habis.
3. Golekkan pada tepung gandum, lumurkan dalam putih telur kemudian golekkan dalam serbuk roti. 
4. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan kecoklatan.
5. Sedap dimakan panas2 dengan sos pilihan.





Laksa Betawi....




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimana pun anda berada, semuga sihat belaka dan ceria2 selalu. Nak memasak atau mengemas pun kene ceria, baru mood datang dan segala urusan kita kat rumah....beres dengan cemerlangnya!!!. Jadi surirumahtangga sepenuh masa ni, kerje lebih banyak dari yang keje kat pejabat tu. Tapi, itulah keje yang paling mulia dengan syarat....buat penuh ikhlas kerana Allah.

Hari ni nak kongsi satu resepi laksa yang senang dan sedap. Itulah...rajin merayau ngan Mr Google. Laksa Betawi.....rasanya seakan2 laksa nyonya pun ada, rasa ayam masak lemak pun ada. Laksa ni tak pedas langsung tapi saya tambah lada kering sedikit supaya ada rasa pedas, baru berselera. Kalau nak cantik dan lebih mengancam, guna udang sederhana besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja. Saya guna udang biasa je, apa yang ada kat rumah. Resepi asal tak letak asam keping dan letak daun salam. Oleh kerana nak ada rasa masam sikit, saya letak asam keping dan nak terbitkan aromanya, saya letak daun limau purut. Hasilnya.....memang sedap, menepati citarasa kami sekeluarga. Jom, kita intai....



LAKSA BETAWI
Sumber : Resep komplit.com
Olahan : UDA


Bahannya:
4 ketul dada ayam (potong2)
1 cawan udang
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut / daun salam
1 btng kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 keping asam keping
1 kiub tapi ayam
1 cawan santan sederhana pekat
2 cawan air
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan yang dimesin:
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji buah keras
1 in kunyit basah
6 tangkai lada kering yang dah direbus
1 sb ketumbar

Bahan sampingan:
mee hoon secukupnya (dicelur)
telur rebus
taugeh (dicelur)
daun selasih / daun kemangi
bawang goreng


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, cengkih dan serai. Tumis bahan yang dimesin hingga berubah warna dan wangi.
2. Masukkan ayam, daun limau, kiub ayam, asam keping, kemudian kacau rata hingga betul2 sebati.
3. Masukkan air, garam dan gula, masak hingga mendidih.
4. Masukkan santan, kecilkan api biarkan mendidih sekali lagi, baru masukkan udang.
5. Bila rasanya semua dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee hoon dan bahan sampingan yang lain.



Jumaat, 15 Februari 2013

Kuih Kukus Bawang Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sarapan apa hari ini?. Sarapan tu penting....kita akan bertenaga sepanjang hari....tak gitu?. Mlm td 'merayap' dgn Mr Google....tersinggah di blog Izzah Muffin Lover. Maka terbekenan dgn kuih yang satu ni....kuih yang tak pernah dengar namanya ....dan tak pernah merasa. Tengok bahannya pun senang....pagi2 dah ambik daun pandan....semangat tu!!!!. Bahannya senang, buatnya mudah dan rasanya......memang puas hati. Lemak santan dan aroma daun pandan dan bawang goreng dah cukup buat saya teruja nak merasanya. Memang sedap!!!....lembut2 manja gitu!!!!. Lain kali nak lebihkan garam sikit. Saya letak secubit, kurang rasa. Jom kita intai resepinya.....



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
Sumber : Izzahdaut @ Izzah muffin lover
Olahan : UDA


Bahannya:
3/4 cawan + 2sb tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
1/2 cawan gula halus
1 cawan air pandan ( 5 - 7 helai daun pandan)
1 cawan santan pekat 
sedikit garam
warna hijau epal (saya tak letak)
1/2 genggam bawang goreng (saya guna 3 sudu makan)

Caranya
1. Panaskan kukusan. Lengser loyang dengan minyak. Saya guna loyang bulat 7in.
2. Satukan semua bahan kecuali bawang goreng. Blender, tapiskan.
3. Dalam bekas, satukan adunan dengan 2 sudu makan bawang goreng. Kacau rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang, tabur lagi 1 sudu makan bawang goreng diatas adunan.
5. Kukus selama 30 - 40 minit atau hingga masak.
6. Tunggu hingga betul2 sejuk baru keluarkan dari loyang dan sedia untuk dipotong.



















Swiss Roll




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi kita!!!!. Kat JB ni...hujan je, perut pun kerap bernyanyi riang. Konon nak diet tapi terlajak jugak. Badan kalau dah naik, memang lambat nak maintain semula. Projek dikala hujan di petang hari.....Swiss Roll. Mulanya swiss roll ni saya buat adalah bentuk bunga sana sini, kononnya memang cunlah!!!!. Tapi entah mana silapnya, bila tarik baking paper, yang bunga2 tu melekat kat kertas. Terus hilang serinya!!!!. Oleh kerana kek ni sedap, lembut gebu gitu....saya cari idea lain, maka terhasillah swiss roll yang beraneka ni. Resepi ni saya copy dari K1....Citarasawan. Jom kita intai....


SWISS ROLL
Sumber: Citarasawan
Olahan UDA

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula halus
50ml air
40ml minyak masak
80gm tepung gandum diayak
1st vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2st gula halus
1/8st cream of tartar

Loyang 10x10in (dialas dan digris)


Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Masukkan air, minyak, vanilla dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan putih.
4. Kaup balikkan dengan adunan B hingga sebati dan rata.
5. Masukkan dalam loyang, bakar selama 10-15 minit atau hingga masak. 
6. Keluarkan dari oven, terus terbalikkan atas baking paper. Tarik baking paper yang buat alas kek tadi tu perlahan2. Sejukkan sekejap.
7. Sapu dengan cream buttercream, tabur dengan coklat rice, gulung perlahan2 hingga kemas. 
8. Sejukkan dalam peti ais.
9. Keluarkan kek, potong besar mana yang kita nak. Letak dalam papercup. Sapu dengan buttercream, hias dengan badam flake (digoreng tanpa minyak dulu) dan coklat rice. Hiasan ikut kreativiti masing2. Kalau tak nak guna buttercream, boleh ganti ngan kaya/jem.

CREAM BUTTERCREAM
30gm butter
50gm creamwell
2sb susu pekat manis
sedikit vanilla

** pukul semua bahan hingga kembang dan pekat.





Khamis, 14 Februari 2013

Pie Tee....




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu kat dapur......dah seminggu dapur tak berasap. Kiranya....ni lah baru berasap...menu pertama!!!!. Itu pun sebab teruja.....dapat beli acuan pie tee, tak sabar nak mencuba. Kalau ikutkan rasa badan, memang masih lepak. Makan angin memang syok tapi bila balik....tengok kain baju kotor setambun....badan terus nak demam...hahaha!!!!. Pie Tee ni....inti dia kita boleh pelbagaikan, ikut citarasa. Adunan tepung dia, saya copy dari CMG tapi saya buat separuh je. Itu pun banyak....lebih kurang dapat 45 biji. Alhamdulillah....menjadi. Adatlah kalau satu dua yang tak menjadi!!!!. Kelongsong Pie Tie boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Bila2 nak makan, tinggal buatkan inti je. Jom kita intai......


PIE TEE

Bahan Kulit Pie Tee
(sumber : CMG)

1/2 adunan:
90gm tepung beras
25gm tepung gandum
25gm tepung jagung
175ml air
1 biji telur (saya guna separuh)
sedikit garam

Caranya:
1. Satukan semua bahan, tapis. Ketepikan.
2. Rendam acuan dalam minyak yang banyak hingga tenggelam, kemudian panaskan minyak.
3. Bila minyak dan acuan dah panas, angkat acuan, celupkan dalam adunan tetapi jangan sampai menutupi acuan bahagian atas. Celup dalam minyak panas hingga ke bahagian dasar kuali. Ini supaya, kulit pai tee nanti boleh berdiri tegak.
4. Bila dah separuh garing, keluarkan dari acuan menggunakan lidi. Jika terlalu garing, ia akan patah bila kita keluarkan dari acuan. Bila tak cukup garing, adunan masih lembik, ia akan meleper, tak akan terbentuk.
5. Bila dah keluarkan dari acuan, goreng kulit pie tee hingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan atas kitchen towel @ tisu. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Bahan Inti
1 cawan udang (dibuang kulit dan dipotong dadu)
1 cawan sotong (dipotong kecil2 dan direbus sebentar)
1 cawan lobak merah (didadu)
1 cawan sengkuang (didadu)
1 cawan batang saleri (didadu)
1 tangkai lada merah (dipotong halus)
1/2 biji bawang holand (didadu)
2 biji bawang putih (cincang halus)
sedikit sos tiram
sedikit minyak masak + minyak bijan
serbuk pati ayam secukupnya

Caranya:
1. Panaskan minyak dan minyak bijan. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan lobak merah, kacau sebati. Masukkan sengkuang, udang,sotong, batang saleri, sos tiram dan serbuk pati ayam. Kacau sebentar hingga semuanya sebati dan masak. Masukkan lada merah, kacau sebati, tutup api. Sejukkan.
3. Ambil kelongsong/kulit pie tee, masukkan inti hingga penuh. 
4. Sedap dimakan dengan sos pilihan. Selepas letak inti, terus makan kalau tak, kulit akan lembik, tak sedap.