Selasa, 23 Julai 2013

Puding Milo Oreo




PUDING MILO OREO
Sumber : AlongRoz


Bahannya:
1 bungkus serbuk agar2 (10gm)
750ml air
160gm gula pasir
1 tin susu cair (400gm)
3/4 cawan serbuk milo ~ saya campur 2sb serbuk koko
1 bungkus biskut oreo (137gm) ~ patah2kan dan biarkan sandwich 2 lapis






Caranya:
1. Masakkan serbuk agar2 dan air hingga larut. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
2. Bila dah masak, bahagikan kepada 2 bahagian ( ambil 2 cawan untuk bahagian milo).
3. Dengan api sederhana, masak bahagian milo hingga serbuk milo hancur.
4. Dalam acuan pilihan, tuang adunan milo 1 cawan. Biarkan menggeras sedikit.
5. Tuang pula adunan warna putih dan tabur biskut oreo yg telah dipatah2kan.
6. Apabila dah mengeras sedikit, tuang baki adunan milo keatasnya.
7. Sejukkan dlm peti ais, baru boleh dipotong.



Sabtu, 13 Julai 2013

Bingka Roti Kukus Pandan



Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Semalam berkesempatan buat bingka yang sedap ni. Sebelum ni dah banyak kali buat, memang lembut, lemak dan wangi dengan bau pandan. Resepi Yati tapi, saya dah olah sana sini ikut kesesuaian citarasa. Oleh kerana nak bagi jiran, saya kukus dalam bekas kecil, senang....tak perlu potong. Sesiapa yg belum cuba.....boleh cuba dan memang sedap!!!. 



BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Sumber : Yatiememories
Di Olah : UDA


Bahannya:
8 - 10 keping roti ~ saya guna 11 - 12
200ml santan kotak
200ml air ~ saya guna air pandan (mesin 7 helai daun pandan )
3/4 cawan gula castor
4 bj telur ~ saya guna 5 biji
1st garam halus
1/2st pes pandan ~ saya tak letak
2 helai daun pandan disimpul ~ saya tak letak
* saya tambah pewarna hijau epal

Caranya:
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan kecuali roti. Kacau rata menggunakan whisk sahaja.
2. Bila dah rata, rendam roti (biar sekeping2, x perli disiat) dalam adunan tadi selama 10 minit atau hingga meresap.
3. Gris bekas pilihan dengan butter. Pindahkan kepingan roti ke dalam bekas  dan tuangkan lebihan adunan kedalam bekas tersebut. Jika suka, boleh tabur kismis atau coklat chip diatas roti.
4. Jika tak guna air pandan, letak daun pandan yg disimpulkan ke atas roti tadi.
5. Kukus selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan sebelum dipotong.

Khamis, 11 Julai 2013

Chocolate Bubble Rice

Assalamualaikum.....salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semuga amalan kita di bulan penuh barakah ini diterima Allah dan sentiasa dipermudahkan . Hari semalam ada permintaan dari anak....suruh buat yg satu ni. Itulah.....belek punya belek buku resepi....kan dah terliur dan tergoda!!!. Untuk tidak menghampakan.....buat jugalah sikit. Eeemmm.....memang sedap, rangup, terasa coklatnya dan buatnya pun senang. Saya buat hanya 100gm bubble rice tapi dapat lebih kurang 50 biji lebih. Muailah tu!!!!!. Untuk menyedapkan lagi, saya letak lebih badam cincang. Tak sampai hari esok, baru berbuka beberapa jam.... balik terawih dah habis!!!. Ok, jom saya share resepinya di sini pula ye...




CHOCOLATE BUBBLE RICE
Sumber : Chef Zubaidah
Di Olah : UDA


Bahannya:
500gm beras bubble
30gm badam cincang ~ letak lebih lg sedap
400gm coklat masakan putih ~ cairkan
100gm coklat masakan hitam ~ cairkan
papercup secukupnya




Caranya:
1. Bakar beras bubble dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit ~ supaya tak mudah lemau
2. Badam cincang digoreng tanpa minyak hingga kuning.
3. Masukkan beras bubble ke dalam coklat masakan putih, kacau rata.
4. Masukkan pula badam cincang, gaul rata hingga semuanya diseliputi coklat. Tapi jgn terlalu lembab dgn coklat, nanti terlalu manis.
5. Masukkan dalam cawan kertas dan biarkan sejuk. 
6. Hias dengan coklat hitam dan biarkan membeku. Saya masukkan dalam peti ais sebentar. Bila coklat dah keras, keluarkan.




Isnin, 8 Julai 2013

Peanut Cookies



Resepi yang telah dicuba, dah dimakan , memang sedap dan rangup. Tak rugi mencubanya......Saya share di sini pula ye!!!!


PEANUT COOKIES
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A
200gm butter ~ saya guna 250gm
50gm minyak sapi ~ saya tak letak
120gm gula castor

Bahan B
2sb mentega kacang ~ saya letak 3sb

Bahan C
200gm serbuk penaik ~ saya musykil yang ni ~ saya letak 1 sudu teh saja
200gm tepung suji
100gm tepung jagung
180gm tepung gandum

Hiasan
kuning telur (dipukul)
pewarna kuning telur
kacang (dikisar)








Caranya:
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan mentega kacang, kacau sebati.
3. Masukkan bahan C dan uli hingga adunan menjadi lembut.
4. Perapkan selama 30 minit. Canai dan terap menggunakan acuan bentuk kacang.
5. Sapukan kuning telur dan pewarna kuning telur , tabur kacang.
6. Susun atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga masak.