Jumaat, 28 Februari 2014

Sardin Masak Merah



SARDIN MASAK MERAH

Bahannya:
1 tin besar ikan sardin
1 biji tomato ~ belah 4
2 helai daun limau purut
1 biji bawang holland ~ potong bulat
sedikit bahan rempah tumis
sos cili secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan dimesin:
6 tangkai lada kering ~ nak pedas letak lebih
1 batang serai 
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas


Caranya:
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan rempah tumis. 
2. Tumis bahan yg dimesin hingga garing dan wangi.
3. Masukkan sardin, daun limau, sos cili , gula, garam, tomato, bawang holland dan masak hingga pekat.
4. Bila rasa dah ok, tutup api dan sedia untuk dimakan dgn nasi panas atau dgn roti.

Talam Sagu



TALAM SAGU

Bahan bawah: A
1 1/2 cawan sagu biji ~ dibasuh dan direndam
3 cawan santan
garam secukupnya
pewarna ~ saya guna kuning lemon


Bahagian atas: B
150gm tepung gandum
250gm gula pasir
650ml santan + air pandan ( 10 helai daun pandan + 2 cawan air ~ dimesin)
2 biji telur 
garam
pewarna hijau




Caranya:
1. Guna acuan lompang, sapukan sedikit minyak, ketepikan.
2. Satukan bahan A, masuk dalam periuk dan kacau atas api  hingga likat dan sagu jadi jernih.
3. Sudukan adunan A dalam acuan lompang separuh je. Buat hingga habis.
4. Kukus dgn api sederhana selama 15 minit atau hingga masak.
5. Satukan bahan B, tapiskan dalam periuk. Kacau hingga naik wap, tutup api.
6. Bila adunan A dah masak, sudukan adunan B diatas adunan A. Kukus lagi selama 20 minit atau hingga masak. Pastikan tutup kukusan sentiasa dilap supaya air tidak menitik dan permukaan kuih nampak licin.
7. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.









Ahad, 23 Februari 2014

Bangkit Susu


Assalamualaikum dan salam bahagia. Inilah hasilnya kalau gi ronda2 ngan Mr Google. Bila ternampak biskut ni, terus termengidam. Nasib baik bahan2nya senang dan memang ada kat dapur. Jam tu gak copy resepi terus buat. Alhamdulillah.....dah lepas hajat dan memang sedap biskut ni. Rasa dia macam Biskut German pun ada.....rapuh, ringan dan mencair dimulut!!!!.. Dalam adunan tu, saya tambah sikit lagi butter sebab, kalau 100gm butter, adunan saya tak boleh dikepal. Tak tahu tang mana silapnya...rasanya ok je timbang kuantiti tepung dan mentega  tu tadi.  Mulanya, takut gak tak jadi atau terlebih mengembang ke apa tapi alhamdulillah.... menjadi dgn sedapnya.!!!!! Jom kita intai resepi biskut yang senang dan sedap ni...



BANGKIT SUSU
Sumber : kak Fida MyR

Bahannya:
250gm tepung ubi / tapioca flour
1 helai daun pandan ~ digunting kecil2
2sb gula icing ~ saya letak 1sb je
3sb susu pekat manis ( 60gm)
100gm majerin / mentega ~ saya tambah lagi sikit


Caranya:
1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan hingga ringan dan sejukkan.
2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli hingga sebati. 
3. Masukkan mentega sikit2 ( saya tambah mentega lagi sikit) dan uli lagi hingga lembut dan boleh dikepal.
4. Canai doh dan terap guna acuan pilihan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150C selama 12 - 15 minit atau ikut kepanasan oven masimg2.
5. Sejukkan dulu baru disimpan dalam bekas kedap udara.

                                   nak nampak berseri, saya cucuk2 ngan lidi , letak ceri hijau n merah







Sabtu, 22 Februari 2014

Apam gula merah



APAM GULA MERAH
Sumber : yatiememories

Bahan A ~ dimasak, disejukkan dan ditapis
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan B ~ satukan hingga berbuih
1sb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1st gula pasir

Bahan C ~ digaul rata
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air


Caranya:
1. Satukan bahan A dan C, masuk dalam blender dan mesin hingga sebati.
2. Keluarkan dan masuk dalam bekas, tambah bahan B. Gaul sebati.
3. Perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
4. Sapu loyang atau bekas pilihan dgn sedikit minyak masak.
5. Tuang adunan dalam loyang dan biarkan 10 minit.
6. Kukus adunan selama 40 minit atau sehingga masak dgn api sederhana. Nak tahu dah masak, cucuk ngan lidi, kalau dah licin, dah masak le tu. 
7. Kalau guna acuan lompang, masa mengukus dikurangkan , lebih kurang kukus dalam 20 - 25 minit.
8. Sejukkan kuih baru dipotong. Sedap dimakan dgn kelapa parut putih.

Karipap Sardin Rangup


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tetiba ada permintaan nak makan karipap sardin. Dah lama nak try pastri karipap dari jinanmanis ni. Biasanya saya buat guna tepung, margerin, air dan garam je. Tapi kali ni  nak try yang campur tepung beras dan tepung kentang. Rasanya....sedap dan rangup!!. Saya copy resepi pastri karipap je, resepi inti sardin, saya belasah ikut citarasa sendiri ...hehehe!!!. Jom kita intai resepi ni....



KARIPAP SARDIN RANGUP
Sumber : rosmarlina @ jintanmanis
Olahan : UDA


Bahan pastri
400gm tepung gandum
1/3 cawan minyak masak ~ dipanaskan
3sb margerin
1/2 cawan air sejuk [letak kiub ais] ~ saya guna air sejuk dlm peti ais
3 sb tepung beras
2sb tepung kanji kentang ( x ada pun x apa) ~ saya letak
garam



Inti sardin
1 tin besar sardin ~ ditoskan, buang tulang dan haluskan
1 biji bawang besar ~ didadu
2 biji kentang ~ didadu dan direbus
5sb lada kisar ~ nak pedas, letak lebih
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
sedikit halia ~ ditumbuk halus
garam dan gula
minyak untuk menumis


Caranya:

Doh Pastri
1. Dalam bekas, campurkan kesemua jenis tepung, ketepikan.
2. Air sejuk dan garam dicampur dan kacau sebati.
3. Dalam mangkuk adunan ( saya uli guna mixer), masukkan tepung2, margerin dan minyak. Gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti.
4. Tambah air sikit2 hingga menjadi doh yang licin dan senang dibentuk. 
5. Bulat2kan doh, saiz ikut citarasa. Masukkan doh dlm plastik dan simpan dlm peti ais selama 1 - 2 jam. Tujuan untuk mendapatkan doh yang rangup. 


Inti karipap
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk dan lada kisar. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan sardin, kentang, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga sebati dan bila rasa semua dah ok, tutup api.
3. Keluarkan doh, canai dan letak inti. Kelim macam biasa ataupun guna acuan karipap. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak hingga betul2 panas kemudian kecilkan api. Masuk karipap dan goreng hingga keperangan. 
5. Angkat dan sedia dihidangkan.









Ahad, 9 Februari 2014

Kaswi Pandan


KASWI PANDAN


Bahan dimesin
15 helai daun pandan
2 cawan air

Bahan lain
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji
1 st kapur sireh
pewarna hijau
pandan paste ( optional )
kelapa parut putih
garam secukup rasa



Caranya:
1. Mesin bahan yg dimesin hingga halus, kemudian tapis.
2. Satukan tepung gandum, tepung kanji, air pandan, air dan kapur. Gaul sebati kemudian tapis dalam periuk dan tambah gula pasir. Tambah warna hijau jika perlu.
3. Panaskan kukusan dan sapukan acuan lompang dgn sedikit minyak masak.
4. Kacau adunan tadi atas api yang sederhana besar hingga naik wap.
5. Tuang dlm acuan hingga penuh. Kukus selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan.
6. Kukus kelapa bersama garam sebentar,
7. Hidangkan kuih bersama kelapa.


Sabtu, 8 Februari 2014

Kaswi Gandum



KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza



Bahan sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ saya tambah

Bahan lain
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji / ubi / jagung
1 st kapur sireh ( optional)
kelapa putih
sedikit garam



Caranya:
1. Masak bahan sirap hingga gula hancur dan mendidih. Tutup api dan sejukkan.
2. Panaskan kukusan dan sapukan acuan lompang dgn sedikit minyak masak.
3. Bancuh semua bahan dan tapis dalam periuk.
4. Saya kacau sekejap atas api hingga naik wap.
5. Tuang adunan dalam acuan lompang hingga penuh.
6. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Kemudian sejukkan.
7. Kelapa dikukus sebentar dan gaulkan garam.
8. Bila kuih dah sejuk, keluarkan dari acuan dan salut dgn kelapa.

Selasa, 4 Februari 2014

Agar Agar Ros


AGAR AGAR ROS

Bahan A
10gm agar2 serbuk
180gm gula pasir
900ml air


Bahan B
300ml santan kotak
1 bj telur
1/4st garam
Bes minuman perasa Ros  secukupnya




Caranya:
1. Sediakan acuan pilihan, basahkan dgn sedikit air, ketepikan.
2. Masak bahan A hingga gula hancur dan mendidih.
3. Satukan bahan B dan pukul sebati menggunakan whisk.
4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Tambah lagi bes minumam perasa Ros jika perlu. Masak hingga mendidih dgn api sederhana besar.
5. Tuang dalam acuan dan sejukkan.