Isnin, 28 Januari 2013

Ayam Kurma Berkerisik







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsi resepi ayam kurma ni. Semua orang tahu masakan ni. Tetapi, lain orang, lain caranya dan lain juga citarasanya. Kepada anak2 buah yang tak pernah memasak ayam ni, rajin2lah menjengok ke blog ni ye....hehehe!!!. Masak kurma ni kegemaran kami sekeluarga. Kalau kuahnya pekat....makan dengan prata @ roti canai pun sedap!!!. Dengan cekodok ikan bilis pun sedap. Kalau malas.....makan dengan roti sandwich pun laju je!!!. Jom kita intai.....


AYAM KURMA BERKERISIK
Resepi : UDA


Bahannya:
10 ketul ayam
1 cawan santan pekat
5 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan kerisik
1 biji kentang yg besar ( dibelah 8)
1/2 batang lobak merah (dipotong tebal)
2 tangkai lada merah/hijau (dibelah 2)
rempah tumis secukupnya
garam dan gula secukupnya
sekeping asam keping
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan dimesin halus:
8 tangkai cili padi
1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih 
1 in halia
sedikit air


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Tumis bahan dimesin hingga wangi dan nampak kering. Masukkan ayam, gaul rata hingga sebati.
2. Masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau lagi dan biarkan hingga timbul minyak.
3. Masukkan air secukupnya, kerisik, kentang, lobak merah, asam keping, garam dan gula.
4. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan santan dan lada yang dibelah ,  biar mendidih dengan api yang kecil. Rasakan garam dan gula, sedia untuk dihidangkan.














Tiada ulasan:

Catat Komen