Ahad, 20 Januari 2013

Biskut Tart Bluberry










Assalamualaikum. Biskut lagi?. Emmmm.....macam nak rayalah pulak. Tengah angin rajin dan tekak nak makan ....layankan ajelah!!!!. Kebetulan ada inti bluberry. Itupun sebenarnya tersalah beli...tuan badan nak beli jem bluberry tapi terbeli inti bluberry. Kononya nak buat cheese tart bluberry tersasar tart bluberry. Tak kisahlah.....janji tart.....dapat gak orang 'jauh' merasa!!!!!. Resepi ni saya copy dari blog kakinakl.com. Tart ni memang sedap, lain rasanya dari yang biasa saya buat. Saya memang suka buat tart bentuk bunga macam ni.....walaupun leceh tapi suka tengok kejadiannya!!!!.  Kalau yang gulung.....tak pernah cuba. Jom kita intai tart yang sedap ni.....


BISKUT TART BLUBERRY
Sumber : kakinakl.com
Olahan : UDA

Bahannya:
250gm butter
60gm gula castor
2 biji kuning telur
300 - 330gm tepung gandum (saya guna 300gm)
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
20gm tepung susu
papercup secukupnya
gula hiasan secukupnya
inti bluberry secukupnya (saya beli )

Caranya:
1. Pukul butter dengan gula hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang lain, pukul sebati hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Jika adunan terlalu lembut, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
3. Canai adunan dan terap menggunakan acuan bentuk bunga.
4. Masukkan dalam papercup, tekan sedikit doh tu supaya ianya berbentuk bunga. Masukkan inti.
5. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
6. Keluarkan dari oven, letak gula hiasan, sejukkan. 










Tiada ulasan:

Catat Komen