Ahad, 13 Januari 2013

Sotong Masak Hitam






SOTONG MASAK HITAM


Bahannya:
5 ekor sotong sederhana besar (dipotong bulat dan dibersihkan, ambil sedikit dakwat sotong)
1 batang serai (diketuk)
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos cili
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering (yg dah direbus)
sedikit belacan

Bahan hiris:
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan dimesin. Tumis hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, serbuk kunyit, dakwat sotong, garam dan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan sotong dan bahan hiris, masak jangan lama sangat, nanti sotong liat. Rasakan garam dan gula, terus tutup api.









Tiada ulasan:

Catat Komen