Rabu, 9 Januari 2013

Apam Polkadot







Assalamualaikum. Dah lama tak buat apam comel ni. Ada kemalasan banyak kalau membuatya, nak dot2 kan tu ok lagi, tapi bersilih ganti warna yang sedikit pening. Hampir setengah hari baru siap....hehehe!!!. Saya tabik betul pada kawan2 yang menjual apam polkodot ni.....begitu sabar mendeco, bermacam2 bentuk saya tengok. Saya buat dalam papercup yang kecil....dalam 1 adunan banyak gak dapat, puas makan. Resepi ni saya copy dari Kak Yati. Banyak kuih yang kukus saya copy dari beliau. Jom kita intai...


APAM POLKODOT
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahannya:
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar/ susu cair (saya guna susu cair)
3st baking powder
1st ovalette
filling - ikut citarasa (saya guna kacang merah & blueberry)
pewarna
papercup saiz M (saya guna saiz S)
acuan lompang secukupnya

** masukkan papercup secukupnya ke dalam acuan lompang.

Caranya:
1. Pukul semua bahan guna mixer dengan kelajuan maxima hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna dalam piping beg.
4. Picit adunan kedalam papercup setengah sahaja. Letak filling kemudian picit lagi adunan hingga penuh.
5. Last sekali, dot dot kan ikut warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.


Tiada ulasan:

Catat Komen