Rabu, 30 Januari 2013

Talam Lapis Keladi











Assalamualaikum dan selamat malam. Panas lagi hari ni. Bila karen tak de...lagilah panas!!!!. Kejadian tak de karen pagi tadi.....masak nasi guna periuk atas dapur gas je. Dah lama tak masak cara tu....kekoklah pulak. Nasib baik tak hangus....hehehe!!!. Sempat lagi tu menalam. Bukannya apa, dah dua minggu keladi yang mak bawak dari kampung tak terusik pun. Takut lain kali dia serik nak bagi lagi.....hari ni merajinkan diri!!!!. Biasanya saya buat talam keladi. Tapi hari ni merajinkan diri cuba melapis pulak. Alhamdulillah, menjadi. Kuih ni lembut je, sedap dan lemak2 manis gitu. Jom, kita intai resepi ni....


TALAM LAPIS KELADI
Resepi Olahan : UDA

Bahan A ( warna purple)
150gm tepung gandum
700ml santan pekat
250gm gula pasir
2 biji telur 
1/2 st paste keladi
sedikit garam
warna purple

Caranya : satukan semua bahan kecuali pewarna, kacau sebati. Kemudian tapis dan tambah pewarna. Kacau dalam periuk atas api yang sederhana hingga naik wap. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian. Ketepikan.


Bahan B (warna kuning)
80gm keladi (dipotong dadu dan direbus hingga empuk)
50gm gula pasir
800ml santan sederhana pekat
150gm tepung beras
60ml tepung gandum
1sb tepung ubi
1/2st garam
pewarna kuning

Cara : satukan semua bahan kecuali keladi dan pewarna. Kacau sebati kemudian tapis dan tambah warna. Kacau dalam periuk atas api sederhana hingga naik wap. Masukkan keladi dan kacau sebentar. Tutup api dan ketepikan.


Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 10x10x2in, alas dengan plastik yang telah dilengser sedikit minyak.
2. Kukus satu bahagian A hingga masak. Garis2kan dengan lidi kemudian tuang adunan B. Kukus hingga masak kemudian tuang lagi adunan A. Kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak dengan api yang sederhana.
3. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biar kuih betul2 sejuk baru potong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA















Tiada ulasan:

Catat Komen