Sabtu, 12 Januari 2013

Tempe Goreng Rangup.....








Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga semuanya ceria2 selalu, maklumlah hujung2 minggu begini, suami tak bekerja dan anak2 pula tak bersekolah. Mesti riuh dibuatnya. Kalau berkumpul semuanya, apa yang dimasak....laku bebeno....ye tak?. Macam saya hari ni....encik suami gi pasar, bawak balik tempe...banyak gak, dalam 12 keping gitu!!!. Kalau dibuat lauk....takkan nak masak semua. Kalau disimpan, jawabnya sampai kering dalam peti ais sebab kekadang terlupa. Pikir punya pikir.....goreng je kasi habis lagi baik. Makan dengan sambal kicap cili padi, memang ngamlah tu!!!. Kali ni nak goreng try cara lain lak. 'Ronda2" kat blog....terjumpa resepi ni....dari kreasimasakan. blogspot. Emmm.....memang rangup dan sedap. Saya dah olah ikut selera kami sekeluarga. Sesiapa yang minat ngan tempe goreng...leh cuba resepi ni. Jom kita intai.....


TEMPE GORENG RANGUP
Sumber : kreasimasakan
Olahan : UDA


Bahannya:
Tempe secukupnya
100gm tepung beras
25gm tepung kanji
1 biji kuning telur
200ml santan
2sb serbuk ikan bilis
3sb ketumbar (dimesin kasar)
3 biji bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji buah keras (ditumbuk halus)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng secukupnya


Caranya:
1. Tempe dipotong nipis, ketepikan.
2. Satukan semua bahan, gaul sebati.
3. Panaskan minyak, celup tempe dalam adunan, goreng hingga garing dan keperangan.
4. Sedap dimakan panas2 dengan sambal kicap cili padi.














Tiada ulasan:

Catat Komen