Selasa, 8 Januari 2013

Kaswi Lapis





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga semuanya sihat walafiat disamping keluarga dan disamping kerja2 yang perlu dibereskan. Walaupun sibuk tapi sempat selitkan masa untuk mengukus kuih ni. Dah lama teringin nak mencuba dan merasa tapi hari ni baru berkesempatan. Idea datang  bila 'merayau2' kat blog Rozzan. Ada resepi kuih ni kat blog beliau tapi saya buat ni ikut cara saya. Kalau resepi beliau, kuih kaswi ni liut2 manje gitu!!!!. Saya punye.....lemah lembut!!!!. Pengunaan tepung kanji saya kurangkan. Apa2 pun...kuih ni memang best, lembut je. Sapa2 yang gemar kuih kukus2 ni, bolehlah mencuba. Kalau yang suka liut2, boleh copy resepi Rozzan. Kalau yang suka lembut....ala2 kuih talam, boleh intai di sini......


KASWI LAPIS
Olahan : UDA


Bahan Kuih Kaswi:
1 3/4 cawan tepung gandum
3 sm tepung kanji
1/2 cawan gula merah
4 cawan air
1 1/2 st air kapur
1/4 cawan gula pasir
garam secukupnya
pewarna coklat

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Gris acuan lompang dengan sedikit minyak.
2. Gula merah dan air dicampur dan gaul hingga gula hancur. Kemudian tapis. Kalau nak dimasak pun boleh juga.
3. Satukan dengan bahan lain kecuali pewarna, mesin hingga halus, kemudian di tapis lagi.
4. Jika kurang coklat warnanya, tambah sedikit pewarna coklat.
5. Kacau diatas api hingga naik wap. Sudukan dalam setengah  acuan lompang, kukus selama 10 minit atau hingga masak.
6. Bila dah masak, gariskan dengan lidi, tuangkan adunan lapisan atas, kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.


Bahan Lapisan Atas
130gm tepung gandum
195gm gula pasir
700ml santan
1sb tepung jagung
2 biji telur(dipukul ringan)
1 helai daun pandan(disimpul)
pewarna kuning
esen vanilla
sedikit garam


Caranya:
1. Tepung gandum, tepung jagung dan santan disatukan, kemudian diblender dan ditapis kedalam periuk.
2. Tapiskan telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung.
3. Satukan bahan yang lain dalam adunan tadi, kacau atas dapur dengan api perlahan hingga naik wap.
4. Sudukan adunan atas lapisan kuih kaswi.










Tiada ulasan:

Catat Komen