Ahad, 20 Januari 2013

Kambing Goreng Berempah






Assalamualaikum, salam berhujung minggu. Dah lama tak masak kambing, ada permintaan barulah masak!!!!. Tak nak makan dengan nasi....tapi nak meratah je!!!. Pikir punya pikir.....goreng berempah je lah!!. Sebelum tu saya rebus dulu. Dah separuh lembut, saya buang air tadi, ganti air lain, rebus lagi dengan rempah. Alhamdulillah....licin....kenelah dengan selera tu!!!!. Jom kita intai resepi yang mudah ni......


KAMBING GORENG BEREMPAH


Bahannya:
500gm daging kambing (dipotong2 )
2sb rempah kari
2sb rempah kurma
1st serbuk pati ayam
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak

Bahan yang dimesin:
1 batang serai
3biji bawang putih
1 biji bawang besar
2in halia
1in lengkuas
air secukupnya

Caranya:
1. Daging kambing direbus dengan air hingga separuh lembut. Buangkan airnya, rebus lagi dengan air yang lain didalam kuali.
2. Masuk bahan yang dimesin, rempah kari, rempah kurma, kiub ayam,  rebus hingga lembut dan kering.
3. Masukkan sedikit minyak, goreng kambing tadi hingga sebati dan masukkan garam dan gula.
4. Bila betul2 dah kering dan rempahnya sebati, tutup api.
5. Sedap dimakan dengan nasi putih, roti dan juga nasi impit.

















Tiada ulasan:

Catat Komen