Selasa, 8 Januari 2013

Nasi Ayam.....Resepi yang simple!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menu hari minggu ......simple je. Kebetulan anak buah nak dtng so, buat menu yang simple dan cepat untuk disediakan. Jom intai....








NASI AYAM

Bahan untuk ayam:
Ayam secukupnya (dibersihkan dan direbus dengan sedikit halia)
sos tiram secukupnya
kicap pekat secukupnya
sedikit madu
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada hitam (jika suka)

Caranya:
1. Toskan ayam, gaulkan dengan semua bahan . Perap sebentar.
2. Panaskan oven, bakar ayam separuh garing, angkat. 
3. Jika suka goreng-- panaskan minyak, goreng ayam hingga garing atau separuh garing, ikut suka.


Bahan untuk nasi:
3 cawan beras basmathi (dicuci dan direndam sebentar)
4 1/4 cawan air rebusan ayam
3 biji bawang putih (diketuk)
3in halia (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 kiub stok ayam
sedikit margerin + minyak bijan
garam secukupnya

Caranya:
1. Panaskan margerin + minyak bijan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Dalam rice cooker, masukkan beras, air rebusan ayam, kiub ayam, garam dan bahan tumis (ambil sedikit bahan tumis untuk dimasak dengan sup) 
3. Masak seperti nasi biasa. Bila dah kering, kacau guna chop stick supaya tak hancur.


Bahan sup:
air rebusan ayam secukupnya
sedikit bahan tumis untuk nasi
kubis panjang secukupnya(dihiris)
lobak merah secukupnya(dihiris)
garam secukupnya

Caranya:
Masak air rebusan ayam dengan bahan tumis hingga mendidih. Masukkan kubis, lobak merah dan garam, biar mendidih sekejap, terus tutup api.


Bahan sos:
Lada merah secukupnya
Lada kering sedikit
sos cili secukupnya
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Caranya:
Lada merah, lada kering di mesin dengan air hingga halus. Masuk dalam periuk, campurkan dengan sos cili, garam dan gula, masak hingga mendidih dan sedikit pekat. Rasakan masam, masin dan manis, tutup api.














Tiada ulasan:

Catat Komen