Ahad, 13 Januari 2013

Nasi Tumis






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sarapan apa hari ini?. Saya macam biasa, kalau hujung minggu....sarapan merangkap tengahari sekali. Nak jimat masa, nak sambung kerja2 mencantas, hari ni siaplah tu. Mulanya nak masak nasi lemak, tak jadi.....nak masak nasi tumis je!!!. Senang dan ringkas. Masak nasi memang ringkas tapi......lauk sampingannya pulak....banyak no permintaan. Kene masakkan lah juga.....tak nak menghampakan!!!!. Sambal tumis udang, pajeri nenas dan sotong masak hitam. Alhamdulillah, dah selesai pun!!!. Jom kita intai resepi nasi yang senang ni.....


NASI TUMIS


Bahannya:
2 cawan beras basmathi (basuh dan rendam dalam 30 minit)
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan (disiat2)
1/2 kiub stok ayam
rempah tumis secukupnya
garam secukupnya
margerin untuk menumis secukupnya

Bahan dihiris:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 in halia

Caranya:
1. Panaskan margerin, masuk rempah tumis, daun pandan dan bahan yang dihiris. Tumis hingga wangi dan separuh garing.
2. Toskan beras, masuk dalam rice cooker, campur sekali kiub ayam, bahan ditumis , garam dan air. Masak macam biasa. Bila dah  kering, kacau guna chop stik supaya beras tak patah.
3. Makan bersama lauk pilihan.


Tiada ulasan:

Catat Komen