Khamis, 3 Januari 2013

Ikan Merah 3 Rasa.....





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah kepada anak buah.....dapat baby girl!!!!!. Semuga menjadi anak yang soleha, berjaya didunia dan diakhirat. Dalam pantang ni.....bila tengok blog ni, jangan terliur lak ye....hehehe!!!!..Dalam dua tiga hari ni, macam sibuk je.....tapi sempat gak berjumpa dengan kawan FB...Fate Sinar dari Brunai. Walaupun sekejap tapi, alhamdulillah.....dapat bersua muka akhirnya!!!!.Dalam tergesa2, sempat gak buatkan kek carrot sebagai buah tangan. Semuga beliau seisi keluarga suka!!!.

Hari ni saya masak simple je. Permintaan last minute....nasib baik semua bahan ada. Mulanya nak makan kat luat tapi, tak jadi.....Jom kita intai......

IKAN MERAH 3 RASA

Bahannya:
1 ekor ikan merah yang telah dibersihkan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
** lumurkan ikan dgn bahan tersebut, goreng hingga masak


3 sb lada kisar
1 batang serai (dihiris)
2biji bawang putih (dicincang halus)
sedikit halia (dicincang halus)
6 tangkai cili padi (dihiris)
1 tangkai lada merah (dihiris)
1 biji bawang besar (didadu)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (didadu)
3sb sos cili
4sb sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit air


Caranya:
1. Tumis bawang putih, halia, serai dan daun limau hingga wangi.
2. Masukkan cili padi, sos cili, sos tiram dan air. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan bahan lain, biar mendidih lagi dan pekat sedikit.
4. Rasakan masam, masin dan manis, tutup api. Jiruskan atas ikan merah dan sedap dimakan panas2.













Tiada ulasan:

Catat Komen