Rabu, 16 Januari 2013

Kentang Sumbat Berempah Dipanggang






Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan.....saya share resepi kentang ni pula. Kentang ni saya makan dengan ayam panggang. Kalau malas nak panggang ayam, makan kentang panggang ni begitu saja pun ok.  Kita yang buat dia!!!! Jom....


KENTANG SUMBAT BEREMPAH DIPANGGANG
Sumber : Dari Dapur Zarina
Olahan : UDA


Bahannya:
4 biji kentang ( dibersihkan, direbus separuh masak dengan sedikit garam)

Bahan dipotong halus:
1 tangkai lada hijau/lada merah
1 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit lobak merah
sedikit halia
isi ayam / isi udang secukupnya
sedikit isi kentang yang telah dikaup

1st serbuk ketumbar
1st serbk lada hitam
1/2st serbuk rempah kari
sedikit serbuk kunyit garam dan gula secukupnya
sedikit minyak


Caranya:
1. Kentang yang telah direbus, dibuang kulit dan dibelah dua. Kaup isi tengahnya, ketepikan.
2. Tumis bahan yang dipotong halus hingga wangi . Masukkan bahan rempah dan sedikit air, tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan  lobak merah, udang, garam dan gula. Kacau sebati hingga sedikit kering.
4. Sejukkan. Ambil kentang tadi, isikan dengan bahan berempah tadi. Sapukan sedikit minyak keatasnya, bakar dalam oven pada suhu 190c selama 30 - 40 minit.  











Tiada ulasan:

Catat Komen