Ahad, 6 Januari 2013

Jack Fruit Float





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni nampaknya cuaca terang dan panas sampai ke petang. Apa kata...kita makan float hari ni....Jack fruit Float!!!.  Sedap wooooo.....bagi peminat nangkalah!!!!. Buatnya senang, tak perlu baking/steam....godeh2 dan patah2kan je....hehehe!!!!. Jom kita intai....


JACK FRUIT FLOAT

Bahannya:
250ml whipping cream  (apa2 brand pun boleh)
susu pekat secukupnya
nangka secukupnya (didadu )
biskut marie secukupnya
serbuk milo secukupnya
bekas dadih secukupnya

Caranya:
1. Whipping cream diisi dalam mangkuk,  kacau sebati. Campurkan susu pekat ikut setakat mana manis yang kita suka.
2. Ambil bekas, letakkan biskut marie yg dipatahkan kedasar bekas tersebut, tabur nangka, curah cream secukupnya. Buat sehingga beberapa lapis yang kita suka. Last sekali, taburkan biskut marie yang dihancurkan dan serbuk milo.
3. Buat cara yang sama pada bekas yang berikut hingga habis.
4. Sejukkan dalam peti ais .

Tiada ulasan:

Catat Komen