Isnin, 3 Disember 2012

Cekodok Pucuk Ubi




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni bersarapan dengan cekodok pucuk ubi. Kebetulan pucuk ubi ni anak buah bagi....nak buat masak lauk, tak banyak. Teringat sebelum ni saya ada ternampak resepi ni kat internet. Apa lagi, mulalah mengintai cam mana nak membuatnya. Tapi banyak saya olah, ikut selera saya. Bila dah goreng....emmmm....sedap rupanya. Kene goreng garing, baru ranggup!!!!!. Sapa yg suka pedas, boleh tambah hirisan cili padi....mesti tambah uummpphh cekodok ni. Jom kita intai resepi yang dah saya olah ni....






CEKODOK PUCUK UBI
Olahan : UDA


Bahannya:
125gm daun pucuk ubi (direbus dan dihiris2)
125gm tepung gandum
1 biji telur
150ml air suam
1sb ketumbar (dimesin kasar)
2biji bawang putih (ditumbuk halus)
1biji bawang holland (dipotong dadu)
2 tangkai lada merah (dihiris2)
1/2kiub pati ayam
serbuk lada sulah secukupnya
garam secukupnya

Caranya:
1. Campur daun ubi yang dah dihiris dengan bahan2 yg dah di tumbuk halus, dihiris, dimesin, dipotong. Gaul bersama dengan  kiub ayam, garam , tepung gandum, telur, air suam dan lada sulah. Gaul sebati.
2. Goreng seperti cekodok biasa hingga kekuningan dan garing.
3. Makan dengan sos pilihan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan