Khamis, 4 Oktober 2012

Ayam Asam Pedas Aceh





Assalamualaikum.....hari ni macam kelam kabut sikit. Macam2 benda nk buat. Alhamdulillah, semuanya beres dan kaki pun taklah lenguh terkejar2. Dah siap semua...baru trpikir nak masak apa. pikir punya pikir, belek punya belek, nak try ayam masak cam gini. Sedap gak......ala2 rendang pun ada cuma bezanya ada lada hitam dan bunga kantan, tak de kerisik dan santan. Marilah cuba...sedap!!!!. Saya ubah sikit cara memasaknya, supaya senang dan cepat......Bahan2nya pun saya kurangkan.....ikut kesesuaian keluarga kecil saya. 



AYAM ASAM PEDAS ACEH
Sumber : Majalah Rasa 2012


Bahanya:
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
1 btng serai (dititik)
2sb lada kisar
1/2 st serbuk kunyit
1st serbuk lada hitam
1 btng bunga kantan (dibelah 4)
3 helai daun limau purut
asam keping
garam dan gula secukupnya

Caranya:
1. Mesin bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. 
2. Tumis bahan dimesin bersama lada kisar dan serai hingga garing.
3.Dah garing, masukkan ayam, serbuk kunyit dan daun limau purut.....balik2kan ayam tu dalam 5 minit.
4. Masukkan air, lada hitam, asam keping, bunga kantan, garam dan gula.
5. Masak hingga pekat.

Tiada ulasan:

Catat Komen