Isnin, 1 Oktober 2012

Puding Ruby



Assalamualaikum......kali ni saya nk tunjukkan puding ruby. Sepatutnya guna sengkuang cina tapi, malas nk gi pasar, ada sengkuang biasa tu balun je lah..... Ada orang buat berkaler2....cantik gak. Tapi saya warnakan merah je.....dah namanya ruby....ye tak?. Jom....senang je!!!!!



PUDING RUBY

Bahannya:
Sengkuang cina secukupnya (saya guna sengkuang biasa...1 bj dapat banyak)
tepung sagu secukupnya
santan kotak secukupnya (santan biasa pun boleh)
air gula secukupnya
ais kiub
pewarna merah
air untuk merebus


Caranya:
1. Sengkuang di potong kiub, kemudian rendam dalam air yg telah diwarnakan merah selama 1/2 jam.
2. Toskan sengkuang, golek golekkan dalam tepung kanji.
3. masak air untuk merebus hingga mendidih, Bila dah mendidih, rebus sengkuang tadi hingga ianya timbul.
4. Dah timbul, toskan. 
5.Dalam mangkuk pilihan, bancuh santan dengan air masak dan tambah gula. Kepekatan santan ikut citarasa masing2. Jika guna santan biasa, santan hendaklah dimasak dengan air terlebih dahulu.
6. Campurkan sengkuang tadi dengan santan yg telah dibancuh dengan air gula tadi dan tambahkan ais kiub. Sedap dimakan apabila ianya sejuk.....

Tiada ulasan:

Catat Komen