Khamis, 4 Oktober 2012

Macaroni Marinara






Assalamualaikum ....semuga sejahtera selalu dan sihat sentiasa. Bila badan sihat, selera pun bukan main lagi!!!.Apa yg terlintas nak makan, bukan main rajin lagi membuatnya....hehehe. Hari ni sarapan macaroni marinara. Biasanya spageti marinara tp semalam dh buat spageti cabonara.....yg ada macaroni. Bantai je lah!!! . Jom tengok macam mana saya punya marinara ni.....




MACARONI MARINARA


Bahannya:

200gm macaroni (rebus dan toskan airnya)
1/2 biji bawang holland (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 batang saleri (dipotong2)
2 ekor sotong (potong bulat2)
10 ekor udang (buang kulit)
4 batang jejari ketam (potong 3 setiap satu)
sos spagetti secukupnya
lada hitam serbuk secukupnya
garam secukupnya
1 cawan air 
1/2 biji tomato (didadu)

Caranya:

1. Tumis bawang holand n bawang putih hingga berbau.
2. Masukkan air dan sos, masak hingga mendidih.
3. masukkan saleri, lada hitam, garam dan tomato
4.Bila mendidih dan dah rasa manis, masam dan masin.....masukkan udang, jejari ketam dan akhir sekali sotong.
5. Curahkan atas macaroni dan makan panas2...... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan