Ahad, 7 Oktober 2012

Broked Daging Lada Hitam




Assalamualaikum......masak apa hari ini?. Makan kat luar je ke?. Ok lah tu...sesekali tukar selera sambil jamu mata, apa salahnya. Sesekali dapur tak berasap, boleh manja2kan diri!!!!!. Hari ni tekak nk makan daging lada hitam....buat sikit je, untuk diri sendiri. Yang lain dah masakkan siput masak lemak ngan keladi. Oleh kerana tuan punya badan tk makan siput, buatlah lauk lain.....Terpikat ngan tang nama 'broket' tu, mcm special je... Ianye sama je mcm resepi masak lada hitam yg lain cuma ,mungkin penyediaannye yg lain. Saya tak ikut cara resepi ni 100% sbb tak de daging batang pinang. Jom kita intai resepi ni......



BROKED DAGING LADA HITAM
Sumber : Jelita 2001


Bahan : (digaul pada daging dan diperap semalaman)
500gm daging batang pinang (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris)
10gm lada hitam (ditumbuk)
1sb kicap cair

* saya guna 200gm daging, direbus aje dengan bahan yg lain tu sampai lembut. Bila dah lembut, goreng daging tu separuh garing. Kemudian baru tumis dgn bahan tumis dan saya letak sayur brokoli.

Bahan tumis:
7 ulas bawang putih ditumbuk (saya letak 2 je)
3 cm halia  ditumbuk
100gm lada hitam ditumbuk (saya guna yg serbuk)
1sb kicap cair (saya guna kicap pekat)
2sb sos tiram
1sb sos ikan

Cara membuatnya:
1. Daging yg dah diperap, dikukus 20 minit, kemudian ketepikan  daging, asingkan airnya.
2. Goreng daging kukus hingga keperang perangan. Ketepikan daging.
3. Guna minyak tadi, tumis bahan tumis hingga wangi.
4. Masukkan air daging tadi dlm bahan tumis, masukkan daging, bila dah sebati, angkat.

* terpulanglah.....nak ikut cara yg mana, rebus atau kukus daging tu.






Tiada ulasan:

Catat Komen