Selasa, 2 Oktober 2012

Red Velvet Cake



Assalamualaikum. Dah lama tak buat kek, dah banyak kali nak buat kek ni tapi asyik keluar masuk butter je. Tunggu betul2 ada mood baru leh buat. Kalau tak....confirm tak jadi kek tu. Orang kata....kene masak dari dalam hati, baru menjadi. Dalam maksudnya tu.!!!!. Resepi ni saya copy dari kak Yati tapi ada yg saya ubah suai ikut apa bahan yang saya ada. Jom ......




RED VELVET CAKE

Bahannya:

2 biji telor
125gm butter
1 1/2 cawan teping naik sendiri
1 1/2 sb serbuk koko
1 cawan gula castor
2 sb pewarna merah
1/2 cawan susu cair
1/2 sb baking powder
1/2 sb cuka makan

Caranya:
1. Ayakkan kesemua bahan kering, ketepikan.
2. Panaskan oven 180C.
3. Pukul butter dan gula hingga sebati.
4. masukkan telur sebiji sebiji.
5. Susu cair dan pewarna merah disatukan, kacau sebati.
6. Dalam adunan, masukkan tepung selang seli dgn susu cair tadi, kacau sebati.
7. Larutkan baking powder dengan cuka, kemudian masukkan dalam adunan, kaup balikkan adunan hingga sebati.
8. Tuang adunan dalam loyang bulat 8x8in......bakar selama 45 minit atau sehingga masak.


Bahan krim:

250gm keju krim
1 cawan krim putar
sedikit butter

Caranya:
Pukul keju krim hingga lembut, masukkan krim putar, pukul lagi hingga menjadi kental dan gebu. Masukkan butter, pukul lagi.

Tiada ulasan:

Catat Komen