Khamis, 4 Oktober 2012

Orange Blueberry Muffin





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun sibuk, sempat gak mengadun muffin ni. Semalam pun buat tapi dah habis anak bawak gi sekolah and suami bawak gi keje. Oleh kerana dh janji ngan anak buah, kenelah buat lagi......angin tengah rajin pun ye jugak!!!!!. Muffin ni saya guna bekas yg comel so, sekali adun dapat gak dalam 21 biji. Jom intai2 resepi ni.....







ORANGE BLUEBERRY MUFFIN


Bahannya:
125gm butter
80gm gula halus
2 biji telur A + 1 biji kuning telur
130gm tepung gandum + 1st b.powder ( diayak)
20ml susu segar
2st orange paste
jem blueberry secukupnya
badam hiris secukupnya.


Caranya:
1. Pukul butter, gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan orange paste, pukul rata.
3. Masukkan tepung selang seli dgn susu segar, pukul rata.
4. Masukkan dlm paper cup 1/2 penuh, picitkan inti....tutup dengan adunan hingga paras 3/4 .
5. Tabur dengan badam hiris dan bakar selama 20 minit.




Tiada ulasan:

Catat Komen