Khamis, 4 Oktober 2012

Seri Muka......memang berseri!!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni pagi2 lagi dah rendam beras pulut. Bersemangat betul nak buat seri muka yg memang berseri2 ni. Dah lama tak buat!!!!. Saya suka guna acuan lompang sebab nampak comel je walaupun rumit dan lambat membuatnya. Lagipun, kalau guna acuan lompang ni, adunan atasnye tu lembut sikit tak apa, senang nk memakannya. Resepi adunan atasnya tu saya copy dari kak yati. Tapi saya ubah sikit ikut kesesuaian tekak saya.....hahaha!!!!. Jom.....



SERI MUKA:

Bahan bawah:

2 3/4 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
santan cair secukupnya
garam secukupnya
30gm sagu biji direndam dgn pewarna kuning.
Caranya:
1. Beras pulut dibasuh dan masukkan dalam loyang.
2. Campurkan santan cair mengikut sama paras beras pulut tu.(kalau suka lembut, lebihkan sikit santannya)
Campurkan garam sekali, gaul sebati......kukus hingga masak.
3.Toskan sagu biji.
4. Bila pulut dah masak, angkat loyang dari kukusan, gaul sagu dengan pulut tadi.
5. Acuan disapu minyak sikit. Masukkan lebih kurang 1 sudu besar pulut dalam acuan, tekan2 biar rata dan mampat. Buat sampai habis, ketepikan dulu.



Bahagian atas:

130gm tepung gandum
200gm gula pasir
400ml air pandan ( mesin 10 helai daun pandan)
300ml santan pekat
1sb tepung jagung
2 biji telur(dipukul guna whisk)
garam
pewarna hijau


Caranya:

1. Tepung, gula, air pandan disatukan kemudian mesin halus.
2. Dalam periuk, campurkan semua bahan kemudian masak hingga naik wap.
3. Bahagian pulut tadi dipanaskan sekejap, baru tuang adunan atas.
4. Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 15 - 20 minit.




Tiada ulasan:

Catat Komen