Khamis, 4 Oktober 2012

Sup Ubi Kayu






Assalamualaikum dan salam jumaat. Semuga anda semua berbahagialah ye!!! Masak apa hari ni?. Saya masak simple2 je. Oleh kerana ubi ada sebuku....baki hari tu punya, rasa mcm nak mkn sup ubi. Nasib baik masih elok. Teringat masa kecik2 dok kat kampung, kalau musim hujan mak rajin buat sup ubi.....ubi kapas. Bukan main empuk dan lembut je bila makan. Kekadang mak buat ubi bakar.....woooo.....makan panas2 sedap tu!!!!. Kali ni saya dah modenkan sup ubi ni....kalau tak, saya makan sorang je lah jawabnya. Jom ....intai2 cam mana saya buat...




SUP UBI KAYU


Bahannya;
300gm ubi (dipotong2 sederhana besarnya)
4 batang jejari ketam (potong 2 setiap satu)
1 keping fish cake (dipotong2)
2 biji bawang putih (cincang halus)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
carrot secukupnya (potong panjang2)
lada sulah berperisa
1 ketul kiub ayam
rempah tumis
daun sup dan bawang goreng secukupnya
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit


Caranya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan rempah tumis hingga wangi.
2. masukkan air, ubi dan serbuk kunyit, biar sehingga ubi empuk.
3. masukkan carrot, lada sulah, kiub ayam, dan fish cake. Biar mendidih.
4. Masukkan jejari ketam, sekejap je kemudian tutup api.
5. Dah masak, hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.
6. Sedap dimakan begitu saje ataupun dengan nasi.

Tiada ulasan:

Catat Komen