Selasa, 9 Oktober 2012

Puding Coklat Oreo






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak buat puding ni. Bila nampak susu segar dlm peti ais, teringat akan puding ni. Dah beberapa hari menunda, mlm ni baru berkesempatan. Kalau angin rajin dah mari, jangan kata 'tidak'.....sesibuk mana sekali pun, masih boleh curi2 masa. Resepi ni saya copy dari azlita masam manis. Pada saya, banyak2 puding yg saya try....puding ni paling senang, cepat dan tak banyak bahan. Kejadiannya pun cantik je.....'back n white'. Saya share disini pula ye......


PUDING COKLAT OREO
Sumber: azlita masam manis

Bahannya:
10gm serbuk agar2
6 keping biskut coklat oreo (cream putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar (saya lebihkan sikit)
1/2 cawan gula (jika suka manis, tambah sikit lagi)

Caranya:
Masak agar2 dengan gula hingga larut. Bila dah larut, masukkan susu segar. Kacau sebati.
Masukkan oreo serbuk dalam adunan, tuang dalam acuan pilihan. Serbuk oreo akan mendak sendiri.
Biarkan seketika dulu, baru sejukkan dalam peti ais. SELAMAT MENCUBA......



Tiada ulasan:

Catat Komen