Sabtu, 24 November 2012

Ayam Taucu Kampung Koh






Assalamualaikum.... Resepi ni saya masak makan dengan Nasi Dalca. Selain lauk ni, saya masak samb
al sotong kering dan kerabu epal. Sesekali tukar menu makan dengan nasi yang bertumis macam tu....memang sedap. Resepi ni sumber dari Chef Hussin Khan. Saya olah sikit....ikut apa yang ada dalam ais box kat rumah ni!!!. Jom kita intai....



AYAM TAUCU KAMPUNG KOH
Resepi olahan : UDA


Bahannya:
2 ketul dada ayam (dipotong nipis)
4sb taucu (dibasuh)
2 biji bawang besar (didadu)
4 biji bawang putih (dicincang)
2in halia (hiris)
3sb kicap manis
1sb sos tiram
capsicum merah, kuning dan hijau secukupnya
3 batang jagung muda (dihiris panjang)
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, dan taucu, masak hingga ayam nasak.
3. Masukkan sos tiram, kicap, capsicum dan jagung muda. Kacau sebati.
4. Angkat dan hidangkan....


Tiada ulasan:

Catat Komen