Ahad, 25 November 2012

Kari Kambing & Roti Putar.....







Assalamualaikum dan selamat tengahari. Masak apa hari ni?. Hujung2 minggu gini....banyak jemputan kahwin. Kalau sampai 3 @ 4 buah rumah......jawabnya dapur tak berasap. Sesapa yg tak ada jemputan tu....time ginilah masak ikut permintaan selera seisi keluarga. Hari ni....hubby nak makan kari kambing. Tak nak makan dengan nasi tapi dengan roti putar. Ada yg panggil roti bom. Roti tu bukan buat sendiri....beli yang frozen!!!!. Kambing tu.....bukan daging je....campur ngan tulang rusuk. Jom intai....cara saya masak kari kambing. Taklah pandai sangat....cuma nak kongsi je....


KARI KAMBING

Bahannya:
1kg daging kambing (daging + rusuk)
1/2 cawan santan pekat
3sb serbuk rempah kari daging
rempah tumis secukupnya
1 keping asam keping
1 tangkai daun kari
1/2 biji tomato (dibelah 3)
gula dan garam secukupnya
air secukupnya

Bahan dikisar halus:
1 batang serai
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 in halia
6 tangkai lada kering
sedikit lengkuas
sedikit belacan


Caranya:
1. Daging direbus hingga lemak2nya terapung. Ambil daging, buang airnya.
2. Tumis rempah tumis dan daun kari, masukkan bahan kisar, masak hingga berbau wangi.
3. Masukkan rempah kari, gaul sebati, masukkan daging. Gaul hingga rempah garing.
4. Masukkan air, biarkan daging masak hingga empuk dengan api sederhana . Tambah air jika perlu.
5. Bila dah empuk, masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Biar hingga pekat sedikit dan rasakan garam dan gula.
6. Bila dah ok semuanya, masukkan tomato, biar sebentar, kemudian tutup api.







Tiada ulasan:

Catat Komen