Rabu, 14 November 2012

Bingka Labu Berkeju





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersiaran lagi hari ni. Guruh dah berdentum....tak semestinye hujan kan?.  Hujan pun hujanlah!!!!... Hari ni nk kongsi satu resepi yg sedap.  Resepi ni saya intai kat bloger Indonesia. Teruja nak membuatnya sbb ada kelainannya. Memang sedap....gebu dan lemak. Seakan akan kek pun ada. Nama asal resepi ni.....Labu Panggang Keju. Kalau ikut kata hati saya.....mesti kuih bakar @ bingka.....bukan kek!!!. Tapi kalau tengok bahan2 dan cara2nya, macam kek. Itu yg 'konfius'. Apa apa pun, kuih ni memang sedap. Saya dah olah resepi ni ikut cara yg senang, yg kita boleh paham. Kalau ikut resepi asal, dia guna sukatan gelas. Jom kita intai.....


BINGKA LABU BERKEJU
Sumber : Nadia Yuniardo(Resep Makanan Online)
Olahan : UDA


Bahannya:
1 cawan labu kuning(dikupas dan diparut)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 cawan butter cair
1st vanilla
keju parut secukupnya
garam secukupnya

Caranya:
1. Labu yg di parut, ketepikan dulu.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam, pukul sebati
3. Masukkan tepung, labu, butter cair sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
4. Masukkan dalam loyang yang dah dilengser butter dan bakar selama 40minit pada suhu 180C.
5. Apabila dah masak, keluarkan dari oven dan tabur keju parut secukupnya.
6. Sedap dimakan panas2.



SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Komen