Ahad, 11 November 2012

Apam Indon








Assalamualaikum dan selamat petang. Cuaca mendung dan redup je.....entah bila hujan nak turun. Cuaca redup macam ni....saya ambil kesempatan cuci kereta pagi tadi. Sedap sikit mata memandang dan selesa memandu bila tengok kereta sendiri bersih. Lepas cuci kereta......merajinkan diri buat apam ni. Dah lama nampak kat blog2 yg lain.....telan air liur je bila melihatnya!!!!!. Resepi ni saya intai kat blog Azlita Masam Manis. Memang betul.....sedap, gebu dan halus je apam ni. Mulanya keliru gak sbb...penggunaan gula sama banyak ngan tepung, takut manis sangat. Tapi, bila dah jadi dan dah masuk mulut.....ok lah!!!!!!. Saya share di sini pula resepinya ye......

APAM INDON
Sumber: Azlita Masam Manis(fromintankitchen)

Bahannya:
5 biji telur
1 st ovalette
1 st vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250ml susu segar atau santan (saya guna susu)
1/2 st baking powder
sedikit garam
pewarna purple, pink, hijau dan kuning
coklat emulco- saya tambah
serbuk koko - saya tambah

Cara:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 9in, alas dengan baking paper dan olekan minyak.
2. Ayak tepung bersama baking powder.
3. Campurkan garam dengan susu.
4. Putar telur dengan ovalette dgn kelajuan maxima hingga kembang..
5. Masukkan gula sikit2.
6. Masukkan vanilla, kurangkan laju dan masukkan tepung selang seli dgn susu.
7. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian.  2 bahagian campurkan serbuk koko dan coklat emulco. 4 bahagian lagi.....warnakan hijau (perasa pandan), pink (strawbery emulco), kuning (vanilla) dan purple (blueberry paste).
8. Masuk adunan koko ( 1 bahagian ) dalam loyang dan kukus selama 10 minit @ permukaannye dah tak melekat.
9. Masukkan adunan yang berwarna warni berselang seli dan kukus lagi 30 minit. Last sekali masuk adunan koko yang lagi satu bahagian, kukus selama 30 minit atau hingga masak sempurna.
10. Tunggu betul2 sejuk baru potong.....

Tiada ulasan:

Catat Komen