Selasa, 27 November 2012

Majlis Maulid AD-DIBA'





      


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ahad, 25hb Nov, 2012.....kami, ahli Kumpulan Al-Barakah diundang ke majlis perkhawinan untuk mengadakan Maulid Ad-Diba'. Pada minggu sebelum ni pun ada undangan, tapi saya tak dapat menyertainya kerana ada urusan. Dalam majlis tersebut, selain berselawat untuk junjungan Nabi Muhamad S.A.W, ada bacaan Rawi seorang demi seorang, membaca Tasbih beramai2 dan berQasidah beramai2. Al-Imam Ibnul-Jauzi r.a. berkata.....antara fadhilat dan kelebihan Maulid ialah....keamanan sepanjang tahun, akan tertunai segala hajat. Sultan Al-Imam Jalalidin As-Sayuti r.a, didalam kitabnya, AL -WASA'IL FI ASY-SYAMA'IL berkata...."Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan Maulid Nabi s.a.w, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah"

Rumah orang islam yang dibacakan Maulid Nabi s.a.w. didalamnya, akan dihindarkan oleh Allah penghuninya daripada:
*kemarau
*wabak(penyakit berjangkit)
*kebakaran
*penyakit
*bala bencana
*kebencian
*kedengkian
*pandangan mata yang jahat
*kecurian
*Jika dia meninggal, akan dimudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir
*dan kelak, akan berada di tempat yang utama di Syurga, di sisi Allah, Maharaja yang maha berkuasa

********* RUJUKAN..........I'aanah At-Tolibin (AI-'Allamah Al-Bakri Muhamad Syatra r.a.) *********

a



Tiada ulasan:

Catat Komen