Selasa, 20 November 2012

Sesame Cheese Croquettes




Assalamualaikum.....salam sejahtera. Berkroket lagi hari ini. Yang ni special sikit.....dalamnya ada telur puyuh!!. Kroket ni sesuai jadikan salah satu juadah birthday party anak2. Anak2 mesti suka sebab kaya dengan keju. Rasanya tentu sedap....bila lemak keju, lemak telur puyuh dan lemak bijan bersatu!!!!. Jom intai resepi ni.....







SESAME CHEESE CROQUETTES
Resepi : Pn Zaidah Ibrahim


Bahannya:
22 biji telur puyuh (direbus dan dikupas kulit)
2 biji telur
250gm cheese (diparut)
30 gm tepung gandum
1 st lada sulah
1 sb daun sadri (dicincang)
 bijan secukupnya


Caranya:
1. Telur, keju parut, daun sadri, tepung gandum, lada sulah - digaul rata, kemudian disimpan dlm peti ais selama 30 minit.
2. Ambil sebiji telur puyuh, bungkus dengan adunan keju, golekkan pada bijan lalu goreng hingga kekuningan.



SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Komen