Ahad, 4 November 2012

Double Chocolate Moist Chocolate Cupcake















Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga sihat dan ceria semuanya walaupun tengah musim hujan ni. Dah beberapa hari tak bersiaran.....sibuk ngan kerja2 rumah dan sibuk ngan majlis perkhawinan anak buah. Sebenarnya letih lom berapa hilang tapi anak bagitahu esok....5/11/2012 ada jamuan akhir tahun. Tak tahu nak buat apa, tengok bahan , kek coklat bolehlah!!!!. Lagipun budak2 suka kek coklat. No cream ye......nanti susah nak bawak. So.....deco je ngan white choc. Jom intai resepi ni......Oleh kerana saya nk buat banyak so, saya gandakan aje resepi dibawah ni......


DOUBLE CHOCOLATE MOIST CHOCOLATE CUPCAKE

Bahan A(diayak):
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula castor
3/4 cawan serbuk koko
1 st baking powder
2 st soda bikarbonat

Bahan B:
2 biji telor A @ B
1/2st garam
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 st perasa coklat

Bahan C:
1 cawan air panas
100gm coklat putih - didadu
100gm badam cincang - digoreng tanpa minyak

Caranya:
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan bahan B - putar pada kelajuan sederhana hingga sebati.
3. Masukkan air panas, pukul lagi hingga semuanya sebati.
4. Masukkan coklat putih dan badam cincang - gaul kaup balikkan dengan spatula je.
5. Masukkan adunan dalam papercup - 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C atau sehingga masak.




Tiada ulasan:

Catat Komen