Selasa, 27 November 2012

Ketam Masak Lemak Nenas



Assalamualaikum....bersiaran lagi kita. Semuga anda semua sihat ceria disamping menjalankan tugas harian. Walaupun cuaca tak menentu.....janganlah pulak mood ke dapur 'merudum'.....hehehe!!!!. Tapi biasalah.....kalau hujan2 ni, memang sedap tido tapi....pastikan keje2 kita kat rumah dah dibereskan. Kalau tak ....nanti emak tido berdengkur, anak2 kelaparan. Hari ni ada permintaan.....masak ketam dan ayam panggang. Bagus gak kalau ada permintaan ni.....kalau tak, termangu2, tak tahu nak masak apa. Semua orang tahu dan dah biasa masak lemak ketam ni. Saje je saya nak share cara saya pulak...... Jangan kita ingat, kita dah pandai....lebih ramai lagi yang pandai. Jangan pikir kita tak pandai, ada lagi yang masih terkial2. So, jangan pernah berhenti 'belajar dan mencuba'. Jom kita intai....


KETAM MASAK LEMAK NENAS

Bahannya:
4 ekor ketam (dibersihkan dan dipotong dua)
1batang serai (diketuk)
sekeping asam keping
santan pekat secukupnya
nenas secukupnya (dipotong2 / dihiris2)
1 kiub stok ayam
garam dan gula secukupnya

Bahan dimesin:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1in kunyit hidup
2 tangkai lada merah
air secukupnya


Caranya:
1. Dalam periuk, masukkan bahan yg dimesin, serai, kiub ayam, santan, nenas dan asam keping. Masak hingga mendidih, kacau selalu supaya santan tak naik minyak.
2. Bila dah mendidih, masukkan ketam, gaul rata dan rasakan garam.
3. Biar mendidih sekali lagi, terus tutup api dan boleh dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Komen