Selasa, 27 November 2012

Risoles meatloaf berkeju




Assalamualaikum. Buat risoles ni sebelum hujan, sebelum guruh berdentum dan belom ada kilat pun!!. Tengah asyik menggulung, hujan lebat dan kilat pun kuat gak.....sampai blackout dalam setengah jam!!!. Stop dulu......sambung bila dah reda. Emmmm....kononnya nak buat minum petang tapi dapat makan malam tadi...kol 9 mlm. Tak kisahlah....janji dapat tunaikan selera anak. Risoles ni saya buat inti telur rebus campur isi ikan dori yg direbus. Sebelum menggulung, letak sedikit chiken meatloaf ( 1 pcs saya potong 7) dan sedikit keju cheddar ( 1 slice saya potong 6). Letak lebih pun tak pe tapi oleh kerana saya buat gulungan yang comel2, kenelah letak sikit, supaya boleh gulung. Tengoklah tu.......cheese dah mencair bila digoreng. Anak2 dan sesapa yg gemar ngan cheese mesti suka resepi ni. Jom intai.....

RISOLES MEATLOAF BERKEJU
Resepi olahan: UDA

Bahan kulit:
100gm tepung gandum
1st garam
2 biji telur
350ml susu cair
50gm butter cair

Bahan inti:
3 biji telur (direbus dan dihancurkan)
4sb isi ikan (direbus dan dihancurkan)
chiken meatloaf secukupnya (dipotong2)
keju cheddar slice secukupnya(dipotong2)
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya

Bahan salut:
2 biji telur (dipukul)
serbuk roti yang dah dihaluskan(blender)

Caranya:
1. Satukan semua bahan kulit, gaul rata hingga sebati dan halus.
2. Tapiskan adunan dan perap sekejap lebih kurang 30 minit.
3. Guna kuali non stick, ambil sedikit adunan, buat seperti membuat kuih dadar@ ketayap.
4. Buat hingga habis.
5. Bahan inti: satukan telur rebus, ikan rebus, lada sulah dan mayonis. Gaul sebati.
6. Ambil satu kulit risoles, letak meatloaf, letak inti dan letak keju. Gulung atau lipat empat segi. Buat hingga kulit habis.
7. Golek risoles dalam telur kemudian salut pula dengan bread crumbs, buat hingga habis. Simpan dalam peti ais dulu dalam 1 jam supaya bread crumbs tu betul2 sebati dan tak tertanggal bila digoreng. Jika nak makan lain hari, boleh simpan dalam frezzer.
8. Goreng hingga keemasan .


SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Komen