Selasa, 27 November 2012

Fish n chips.....



         hubby suka style yg macam gini......salut ngan bread crumbs!!!!. Isi ikan yang
         dah diperap ngan lada sulah n garam....perap beberapa jam.. Bila nak goreng,
         salut ikan tu dgn sedikit tepung gandum hingga rata, celup dalam telur yg dah dipukul,
         salut pula dengan bread crumbs. Goreng dgn api sederhana supaya ikan tu masak.
       


Yang ni style dia lain sikit......saya copy dari Norzailina Nordin.
Bahannya: (untuk 4 keping isi ikan - diperap ngan sedikit lada sulah dan garam)
100gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1sb tepung beras
1biji kuning telur
160ml - 180ml air
1 biji putih telur ( putar hingga kental) - guna whisk je
garam dan serbuk lada sulah
serbuk lada hitam (ini saya tambah)

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali putih telur. Kacau sebati.
2. Dah sebati dan licin, baru masukkan putih telur yg diputar tadi, gaul sebati.
3. Celup isi ikan yang dah diperap tadi, kemudian goreng hingga masak dan garing dengan api sederhana.
4. Sedap dimakan dengan sos lada hitam @ sos cili thai.
5. emmmm.....lagi best kalau ada coleslaw n kentang goreng!!!




Kentang goreng ni buat sendiri.....angin rajinlah tu!!!!. Skodeng kat internet....macam2 cara kalau nak buat kentang ni jadi rangup. Saya pun nak try!!!!!. saya buat cam gini......beberapa biji kentang yang besar2, dipotong2 macam gambar kat atas tu. Kemudian direbus dalam air panas hingga berbau kentangnya terus tutup api dan toskan. Rendam dalam air sejuk peti ais kira 15minit gitu. Toskan, kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyak. Simpan dalam peti ais sebelum menggoreng lagi hingga garing. Kalau nak simpan lama, simpan dlm freezer.




Coleslaw ni senang je buatnya......kalau nak buat sikit.....
1 batang lobak merah (dicincang/didadu).
1/2 biji kobis bulat (saya guna kobis beijing- yg kecik) dicincang.
sebotol salad dressing (guna mayonis pun boleh)
2sb susu tepung
gula dan garam secukupnya

** salad dressing + susu tepung +gula + garam - digaul sebati. Dah rata, campurkan dalam sayur yg dipotong tadi hingga rata. Simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi sedap.



Tiada ulasan:

Catat Komen