Ahad, 25 November 2012

Roti Bersosej Meatloaf.....rangup





Assalamualaikum dan selamat  berhari minggu. Kemana anda hari ini?. Waktu siang ni....saya tak kemana2, malam nanti baru keluar....ada doa selamat ....Jemaah Yasin balik dari Mekah.  Pagi ni saya buat sarapan yang simple je tapi sedap. Rasanya semua dah biasa buat roti ngan sosej ni. Teringat semasa beniaga dulu......roti sosej inilah antara menu kegemaran ramai. Sekali buat.....10 atau lebih bungkus roti sehari, itupun kadang2 tak cukup.....buat lebih lagi dan frozenkan. Tapi roti sosej salut bread crumbs je..... Kalau dulu buat style cam ni.....tak balik modal.....apa taknye.....memanjang nk yang murah je!!!!! . Yang ni saya buat 2 jenis salutan .... bread crumbs dan bijan. Dua2 best.....rangup tapi kalau nak lebih lemak lagi, salut ngan bijan. Tapi bukan semua anak2 suka bijan. Jom kita intai resepi ni......



ROTI BERSOSEJ MEATLOAF
Resepi olahan : UDA


Bahannya:
10 keping roti sandwich
10 batang sosej ayam
10 keping meatloaf ayam
butter/margerin secukupnya
serbuk lada sulah secukupnya
1 biji telur (dipukul sedikit)
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya
bijan secukupnya.


Caranya:
1. Lenyek roti hingga nipis- lakukan hingga habis, kemudian tutup dengan towel supaya tak kering.
2. Ambil sekeping roti, sapu dengan butter.
3. Ambil sekeping meatloaf, balut pada sosej kemudian letak atas roti.
4. Balut roti yang bersosej tadi kemas2, dihujung nanti sapukan sedikit telur supaya melekat.
5. Golekkan pada tepung gandum, golek pada telur kemudian golekkan pada serbuk roti @ bijan .
6. Goreng hingga warna keemasan. 
  













Tiada ulasan:

Catat Komen