Isnin, 5 November 2012

Ayam Bakar Berempah





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang semalam ada permintaan.....buatkan ayam bakar. Sebenarnya sebelah pagi saya dah siapkan lauk pauk tapi ada pulak permintaan yg last minute. Oleh kerana tak sampai hati menghampakan harapan orang, saya cari resepi yg simple, senang, sedap. Teringat hari tu kak Yati ada buat ayan bakar so.....saya intailah resepi beliau. Ayam ni diorang nak meratah je so makan je dgn sos cili thai......sedap, tak cukup, pagi2 suruh buat lagi!!!!!. Kalau makan dengan sos lada hitam lagi power tapi tak sempat buat sbb ada tugas lain, itu pun kelam kabut dibuatnya. Jom kita intai......saya share resepi ayam yg sedap ni di sini ye....


AYAM BAKAR BEREMPAH
Sumber:Yatiememories

Bahan:
1/2 ekor ayam
2sb rempah kari
2sb sos tiram
2sb sos cili
1sb serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 in halia*
* ditumbuk halus

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam dan tuskan hingga kering.
2.Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perap selama 2 jam @ lebih.
4. Susun ayam atas jaringan dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Sedap dimakan panas2 dengan coleslow dan sos lada hitam.





5 ulasan:

  1. panggang memanggang mmg peberet! Nanti nak try resipi ni pulak :)

    BalasPadam
  2. sedap ni..bleh buat mkn ddgn nasi ayam pula nnti ..
    selalu goreng je ..;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap......mkn ngan nasi ayam lagilah sedap!!!!!

      Padam